Nissan Skyline GT-R R34 Brian O'Conner kini dalam bentuk Lego

oleh Mohamad Hanif|
Lego mengumumkan penawaran baharu dalam siri Speed Champions berupa Nissan Skyline GT-R R34 milik Brian O'Conner yang ikonik dari francais filem Fast & Furious.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Ini merupakan model kedua dari siri Fast & Furious yang ditawarkan dalam set Speed Champions, di mana model pertama merupakan sebuah Dodge Charger R/T 1970 yang dipandu oleh watak utama Dominic Toretto.
 

GT-R


Model GT-R Lego ini dijangka akan muncul di pasaran bermula Januari 2023, dengan 319 kepingan Lego yang perlu dipasang, dan harga jualan dianggarkan sekitar $19.99 (RM88.18).

Selain daripada grafik yang sangat terkenal itu, set Lego ini juga didatangkan dengan figura mini Brian O'Conner, sayap belakang yang besar, serta kemasan botol nitrous oksida pada bahagian tempat duduk penumpang hadapan.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Seorang peminat tegar Lego, David Gustafsson kini merealisasikan meme tersebut dengan menghasilkan…
Gaya Hidup
Terdiri daripada 1,478 kepingan Lego, LEGO® Technic™ Yamaha MT-10 SP ini membawakan ukuran…
Gaya Hidup
Antara yang bakal ditawarkan menerusi laman membeli belah dalam talian itu ialah kit unik LEGO…