Nissan Skyline facelift 2019 - bawakan elemen GT-R dan ProPilot 2.0

oleh Mohamad Hanif|
Semenjak akronim GT-R digugurkan daripada generasi Skyline, nama Skyline itu sendiri sudah menjadi sejuk serta merta dikalangan para peminat Nissan.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Tambah perit apabila nama Skyline itu turut dikaitkan dengan bentuk badan crossover!

Itu semua cerita dahulu, dan kini Nissan Skyline sedan generasi yang dijual di Jepun kini didatangkan dengan beberapa penambahbaikan, termasuklah sistem pemanduan semi-autonomi ProPilot 2.0.
 


Ciri yang disebutkan diatas membolehkan Skyline dipandu tanpa sebarang input daripada pemandu di dalam laluan tunggal di lebuhraya, menggunakan beberapa sensor yang terpasang. 

Namun, oleh kerana sistem itu sendiri merupakan semi-autonomi, pemandu masih perlu menumpukan perhatian kepada pemanduan dan mampu untuk mengambil alih kawalan sekiranya keadaan memerlukan. 

Sistem ini turut mampu mencadangkan penukaran laluan berdasarkan input yang disertakan oleh pemandu menggunakan amaran berbentuk audio dan visual. 

Sekiranya pemandu tidak lagi menunjukkan perhatian terhadap pemanduan (kepenatan dan sebagainya), ia akan menghantar notifikasi awal sebelum menghidupkan lampu amaran dan memberhentikan kenderaan dengan sendirinya. 
 


Di bahagian luar, mungkin kerana rindu terhadap GT-R, Nissan Skyline turut membawakan beberapa elemen dari kereta berprestasi tinggi itu seperti gril V-Motion, serta lampu nyalaan siang yang dikombinasikan dengan lampu kabus di bahagian sisi bumper hadapan. 

Manakala di belakang pula, lampu utama menampilkan dua bulatan di kiri dan kanan membawa ingatan penulis kepada rekaan sedan Skyline klasik, serta sedan 32, 33 dan 34 yang pernah dijual suatu ketika dahulu. 
 


Nissan Skyline didatangkan dengan enjin VR30DDTT 3.0 liter turbo berkembar yang mampu menjana 304 PS dan 400 Nm, memacu roda belakang dengan transmisi auto tujuh kelajuan. 

Versi 400R yang lebih berkuasa pula mampu menghasilkan 405 PS dan 475 Nm, dan terdapat versi hibrid yang menggunakan enjin VQ35HR bentangan V6 dengan kuasa 306 PS dan 350 Nm. 
 


Harga jualan Nissan Skyline di Jepun bermula dari 4,274,640 yen (RM162,637). 

Berita Berkenaan

Berita Global
Bermula dari saat itu, sebanyak 13 generasi Skyline telah dihasilkan dalam bentuk sedan, coupe dua…
Berita Global
Seperti contoh, kereta sports Mitsubishi Eclipse kini menjadi Eclipse Cross, Ford Mustang boleh…
Berita Global
Pujian harus diberikan kepada pemilik tersebut di mana sekali imbas mungkin sekali akan kita akan…