Nissan Skyline 2022 diperkenal di Jepun, Midnight Purple untuk 400R

oleh Muhammad Md Tajudin|
Nissan Skyline 400R 2022
Nissan Skyline 400R 2022
Kebelakangan ini kita dihidangkan dengan pelbagai hero Jepun seperti Toyota Supra, GR86, GR Corolla, Honda Civic Type R dan Nissan Z.

Satu lagi model ikonik yang mempunyai potensi ialah Nissan Skyline yang mempunyai ramai peminat dan legasi panjang.

Dari segi sejarah, Skyline dan GT-R tidak semestinya disatukan dan boleh dilihat sekarang ini. GT-R sebagai sebuah coupé berprestasi manakala Skyline pula menjadi sedan mewah.

Sejarah Skyline sudah berlangsung lama atau sejak Prince Skyline ALSI diperkenal pada tahun 1957 sebagai sebuah kereta mewah.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Nissan Skyline 400R 2022

 

Berbanding GT-R yang dibuat untuk prestasi, Skyline pula lebih bebas dengan pelbagai gaya badan termasuk crossover.

Skyline di pasaran sekarang adalah dari generasi ketiga belas (V37) dan diperkenal pada tahun 2014 dan juga dikenali sebagai Infiniti Q50.

Pada tahun 2019 Nissan memperkemaskan Skyline dengan gril V Motion yang seakan GT-R R35.

Lampu belakang pula mempunyai dua bulatan atau cincin yang merupakan identiti Skyline sejak sekian lama.

 

Nissan Skyline 400R 2022

 

Pada September 2022 Nissan sekali lagi mengemaskini Skyline dan memanjangkan kitaran penawarannya.

Perubahan kali ini tidak besar dan mengimbas kembali model terdahulu melalui pengenalan warna Midnight Purple khusus untuk Skyline 400R yang merupakan varian tertinggi siri itu.

Warna dan edisi Midnight Purple sememangnya istimewa buat peminat Skyline dan mempunyai harga tinggi.

Nissan turut menawarkan warna Midnight Purple untuk edisi khas GT-R T-Spec yang diperkenalkan pada September 2021.

Selain warna ikonik, Nissan menawarkan kepada pelanggan Brown Interior Package yang menyerlahkan lagi kemewahan sedan ini.

Nissan Skyline 400R 2022

 

Enjin Skyline kekal dengan 3.0L VR30DDTT yang berkuasa 300 hp pada 6,400 rpm dan daya kilas 400 Nm dari 1,600 - 5,200 rpm.

Skyline 400R pula dengan enjin 3.0L sama namun lebih berkuasa tinggi iaitu 400 hp dan dan daya kilas 475 Nm. 

Kesemua varian dipadan bersama transmisi automatik tujuh kelajuan dengan mod manual (7M-ATx) dan pacuan 2WD.

Berkenaan harga, Nissan Skyline GT dijual pada 4,569,400 yen (RM146,151), 4,868,600 yen (RM155,721) untuk GT Type dan 5,149,100 yen (RM164,693) bagi GT Type SP.

Varian paling premium Skyline 400R pula berharga 5,899,300 yen (RM188,688).

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Nissan Skyline 400R 2022

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Bermula dari saat itu, sebanyak 13 generasi Skyline telah dihasilkan dalam bentuk sedan, coupe dua…
Berita Global
Seperti contoh, kereta sports Mitsubishi Eclipse kini menjadi Eclipse Cross, Ford Mustang boleh…
Berita Global
Pujian harus diberikan kepada pemilik tersebut di mana sekali imbas mungkin sekali akan kita akan…