Nissan Silvia dilapor muncul sebagai EV 2025

oleh Mohamad Hanif|
Nissan Silvia merupakan siri nama kereta sports pacuan roda belakang yang agak popular di kalangan kaki drifter, di mana generasi terakhir Nissan Silvia S15 telah pun ditamatkan produksinya pada tahun 2002.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ini mungkin satu berita gembira buat para peminat Silvia, kerana menurut laporan terbaharu daripada Best Car Web yang memetik sumber yang tidak dinamakan, Nissan dikhabarkan sedang merancang untuk membangkitkan semula nama Silvia di bawah projek "Pure EV Silvia Revival".

Ini bermakna, Nissan Silvia akan muncul kembali sebagai sebuah kereta berkuasa elektrik sepenuh masa sekiranya ia benar berlaku.
 

Silvia


Laporan itu turut menyebut projek ini dikatakan bermula daripada imej janaan komputer Silvia EV yang muncul pada tahun lalu dimana ia dihasilkan oleh Naib Presiden Nissan Design Eropah, Matthew Weaver.

Gambar rendering Silvia EV tersebut banyak mengambil inspirasi daripada model generasi pertama Silvia yang muncul pada tahun 1964 di Tokyo Motor Show.

Tiada butiran lanjut didedahkan buat masa ini, melainkan ia dijangka akan muncul menjelang tahun 2025.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Nissan juga sebelum ini telah hadir dengan sebuah konsep dengan elemen retro moden Nissan IDx,…