Nissan Serena generasi baharu bakal muncul Oktober ini, rupa macam mini Elgrand!

oleh Mohamad Hanif|
Sedar ataupun tidak, MPV generasi kelima Nissan Serena telah pun lama berada di pasaran semenjak tahun 2016 di Jepun (Malaysia dapat tahun 2018), dan sememangnya sudah sampai masa untuk Nissan melakukan pembaharuan terhadap MPV paling laris di negara matahari terbit itu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Laporan daripada media automotif Jepun BestCarWeb menyebut Nissan bakal melakukan pertukaran model penuh (Full Model Change) untuk MPV Serena yang bakal diperkenalkan pada Oktober 2021.

Berdasarkan gambar rendering yang diperoleh, Nissan Serena generasi baharu mungkin sekali akan menampilkan elemen daripada abang besarnya Nissan Elgrand, akan tetapi masih lagi mengekalkan ciri-ciri praktikaliti seperti ruang dalaman yang luas dan tinggi seperti yang ada pada ketika ini.

 

 

Nissan Serena 2019 facelift


Trenkuasa yang digunakan oleh generasi terkini Serena akan turut diwariskan pada generasi baharu, iaitu enjin 2.0 liter MR20DD S-Hybrid serta enjin tiga silinder sebaris 1.2 liter e-Power HR12DE.

Menurut BestCarWeb lagi, trenkuasa e-Power itu berkemungkinan besar akan ditala semula bagi menghasilkan 140 PS berbanding 136 PS pada ketika ini.

 


Selain daripada itu, Nissan Serena generasi baharu bakal menerima manfaat kelengkapan keselamatan terkini seperti sistem pemanduan autonomi ProPilot 2.0 yang dipertingkatkan.

Sumber: BestCarWeb

Berita Berkenaan

Berita Global
Bagi mereka yang berharap kemunculan penuh Ralliart, usah risau. Ini kerana satu laporan daripada…