Nissan serahkan pembangunan hatchback Micra kepada Renault

oleh Mohamad Hanif|
Setelah lebih daripada empat generasi supermini Nissan Micra (atau nama lainnya Nissan March disesetengah pasaran), Nissan akhirnya menyerahkan soal pembangunan generasi baharu model hatchback tersebut kepada rakan pakatannya, Renault.
Modenas

Laporan daripada akhbar Perancis Le Monde menyebut Nissan meminta kepada Renault untuk mengetuai pembangunan dan pembinaan generasi baharu Nissan Micra, selaras dengan strategi 'pemimpin-pengikut' yang diamalkan oleh pakatan Renault-Nissan-Mitsubishi masa kini.

Strategi tersebut memerlukan syarikat yang bertanggungjawab terhadap sesebuah rantau menjadi pemimpin kepada dua buah syarikat selebihnya.

Nissan Micra generasi kelima berkongsi platform dengan Renault Clio, dan dipasang di Perancis bersama-sama model Clio dan juga Zoe.

Menurut Ashwani Gupta, ketua pegawai operasi Nissan dalam temubual tersebut menyatakan, "untuk generasi baharu Micra, kami akan mengikut telunjuk Renault, dan meminta Renault untuk membangunkan dan menentukan masa depan Micra buat kami.

 

Add new comment

Berita Berkenaan

Informasi
Lari dari kebiasaan sedan segmen B, Nissan Almera kini dikuasakan oleh nadi tiga silinder sebaris 1…
Berita Global
Ini memaksa Nissan memikirkan kembali strategi mereka bersama rakan pakatan Renault dan Mitsubishi…
Berita Global
Pengumpulan dana ini dibuat setelah Nissan mencatatkan kerugian terbesar dalam tempoh 20 tahun,…