Nissan Sentra 2022 kini datang standard dengan Safety Shield 360

oleh Mohamad Hanif|
Biarpun sudah berada di pasaran sejak tahun 2019, namun Nissan terus hadir dengan beberapa penambahbaikan terhadap sedan segmen C Nissan Sentra untuk tahun 2022.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Antara ciri yang didatangkan standard untuk semua varian Sentra 2022 adalah kelengkapan keselamatan Safety Shield 360 yang merangkumi amaran titik butan, amaran lintasan trafik belakang, amaran keluar lorong, brek kecemasan automatik dengan pengesan pejalan kaki serta bantuan suluhan tinggi.
 

Sentra


Selain itu, Nissan turut menawarkan pakej Midnight Edition untuk trim SR dengan kemasan hitam pada gril V-motion, spoiler belakang, diffuser, lencana dan rim aloi aluminium bersaiz 18 inci.

Sementara untuk trim SV pula didatangkan dengan pakej All-Weather yang merangkumi kawalan iklim dua zon, tempat duduk hadapan dengan ciri pemanas, bantuan menghidupkan enjin jarak jauh dan pemanas pada roda stereng.
 

Sentra


Dari segi kuasa, Nissan Sentra 2022 masih lagi mengekalkan nadi empat silinder sebaris 2.0 liter yang berupaya menghasilkan 149 kuasa kuda dan 197 Nm, dipadankan dengan transmisi CVT.

Harga jualan di Amerika Syarikat bermula dari $20,485 (RM85,377) untuk varian aras mula SL, diikuti $21,545 (RM89,795) untuk varian SV, $23,075 (RM96,712) untuk varian SR diikuti $23,770 (RM99,069) untuk Sentra SR Midnight Edition.