Nissan sambut ulang tahun ke-10 LEAF dengan model LEAF10

oleh Mohamad Hanif|
10 tahun semenjak ia diperkenalkan di persada dunia dan lebih daripada 500,000 unit telah pun terjual di peringkat global, Nissan kini membawakan sebuah model baharu bagi menyambut ulang tahun yang kesepuluh Nissan LEAF, dinamakan sebagai Leaf10.
Modenas

Model Nissan Leaf10 ini bakal dijual di pasaran Eropah bermula Februari ini dengan unit penghasilan terhad yang tidak diberitahu jumlahnya.

 


Jika dibandingkan dengan Nissan LEAF standard, Leaf10 membawakan beberapa penampilan unik seperti warna dua tona baharu (Ceramic Grey/Pearl Black), set rim aloi bersaiz 17 inci, serta corak rekaan Kumiko pada bumbung, perumah cermin sisi dan boot lid.

Nissan juga turut melengkapkan Leaf10 dengan ciri standard Blind Spot Intervention dan Intelligent Rear View Mirror, serta opsyen yang membolehkan pembeli menambah sambungan 4G terbina bagi melengkapi fungsi yang ditawarkan pada aplikasi peranti pintar NissanConnect.

 


Harga jualan Nissan Leaf10 2021 ini bermula dari £28,820 (RM159,308) dan ia turut merangkumi subsidi geran Plug-In Car yang disediakan oleh pihak kerajaan.

 

 

Add new comment