Nissan sah hentikan operasi Datsun di Indonesia

oleh Mohamad Hanif|
Setelah desas desus yang didengari di alam maya semenjak tahun lepas, akhirnya Nissan Motor Indonesia membuat keputusan untuk menghentikan operasi jenama bajet mereka, Datsun berkuat kuasa serta merta.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Menurut laporan daripada rakan media negara jiran, Autonetmagz, pihak PT Nissan Motor Indonesia akan meneruskan komitmen menyediakan perkhidmatan selepas jualan dan alat ganti bagi pelanggan-pelanggan Datsun sedia ada.

Memandangkan Datsun merupakan sebahagian daripada Nissan, jadi tidak ada sebarang masalah untuk para pelanggan mereka melakukan servis berkala di pusat servis Nissan, malah Nissan turut memberikan jaminan ketersediaan alat ganti sehingga 10 tahun selepas tarikh model dihentikan produksi.

Jika dilihat, pengenalan semula Datsun adalah untuk 'mengacau' pasaran Low Cost Green Car (LCGC) yang selama ini meriah dikuasai oleh model-model bajet Toyota dan juga Daihatsu.

Namun, entah apa silapnya, percaturan Nissan menerusi jenama Datsun langsung tidak menjadi, malah mereka juga sekadar meraih perkongsian pasaran serendah 1 peratus!

Apatah lagi nasib buruk yang menimpa Nissan pada ketika ini turut memaksa jenama Jepun tersebut terpaksa menguburkan sekali lagi jenama Datsun demi memulihkan semula keadaan kewangan syarikat.


Sumber: Autonetmagz