Nissan sah bina kilang bateri di UK, dedah teaser crossover EV baharu

oleh Mohamad Hanif|
Bersempena dengan ulang tahun pembukaan kilang pemasangan Nissan di Sunderland yang ke-35, pengeluar dari Jepun itu melancarkan pelan EV36Zero dengan tujuan untuk mencipta satu ekosistem pengeluaran EV pertama di dunia, sekaligus membantu Nissan mencapai sasaran neutral karbon.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Pengumuman ini secara langsung mengesahkan berita berkenaan pembangunan kilang bateri EV baharu di UK, dengan pelaburan bernilai £1 bilion (RM5.72 bilion) untuk pembangunan hab EV di Sunderland, selain mencipta 6,200 peluang pekerjaan baharu, termasuk 900 di Nissan dan 750 lagi di Envision AESC.

Envision AESC merupakan syarikat pengendali kilang bateri pertama di Eropah semenjak tahun 2012 dan menghasilkan bateri untuk kenderaan seperti Nissan LEAF dan eNV200.

 


Kilang bateri baharu yang dimaksudkan itu bakal dibina di International Advanced Manufacturing Park (IAMP) dengan pelaburan awal bernilai £450 juta (RM2.57 trilion) dan dijangka membekalkan bateri kepada 100,000 unit EV Nissan setiap tahun.

Envision juga merancang untuk menambah kapasiti sehingga 25 GWh menjelang 2030 terima kasih kepada pelaburan masa hadapan yang bernilai £1.8 bilion (RM10.3 bilion) berbanding kapasiti awal 9 GWh.

Selain daripada fasiliti baharu, Nissan juga turut mengumumkan sebuah model crossover elektrik serba baharu yang disasarkan untuk pasaran global.

Crossover ini akan dibina di UK dengan produksi sehingga 100,000 unit per tahun.

 


Daripada pelaburan bernilai £1 bilion itu tadi, sehingga £423 juta (RM2.4 bilion) akan diperuntukkan untuk model baharu yang berkongsi platform CMF-EV dengan Nissan Ariya dan Renault MeganE.

Berdasarkan gambar teaser rasmi yang dibekalkan, SUV yang tidak bernama itu memiliki beberapa ciri menarik seperti garis bumbung ala coupe, roda berdiameter besar, serta menampilkan rekaan kenderaan generasi baharu Nissan.

Difahamkan, model baharu ini jauh lebih murah dari Ariya dengan teknologi bateri terbaharu yang mampu memudahkan peralihan kepada tenaga elektrik kepada golongan kebanyakan.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Nissan Elgrand AUTECH 2024   Nissan sekali mengemaskini Elgrand dan mula dijual di Jepun pada…
Berita Global
  Kicks lebih tenang namun tetap bergaya selain canggih dengan teknologi e-POWER.  Tidak dibawa…
Berita Global
Menurut laporan Nikkei Asia, Nissan mahu bergerak ke arah penghasilan tren kuasa umum untuk EV,…