Katanya, walaupun pembuat kereta itu mempertimbangkan untuk menghasilkan model di Sunderland, England, namun kilang di sana tidak akan dapat dilaksanakan jika Britain tidak dapat mencapai kesepakatan perdagangan dengan Kesatuan Eropah (EU).
"Keputusan itu dibuat selepas risiko yang ditimbulkan Brexit menyebabkan industri kereta di UK jatuh. Pendaftaran kereta baru merosot 27 peratus bulan lalu dan hampir sepertiga tahun ini.
"Jika perunding dapat mencapai kesepakatan mengenai syarat perdagangan baru sebelum tempoh peralihan Brexit berakhir pada 31 Disember ini, kenderaan dan komponen akan dikenakan tarif dan ia akan menjadi bencana bagi kilang mereka.
Menurut Azusa, kilang Nissan di Sunderland pernah mengeluarkan lebih setengah juta kenderaan setahun walaupun output menurun di bawah 350,000 unit setahun dan dijangka lebih rendah pada 2020.
Namun Nissan bertindak aktif mengeluarkan kenderaan baru dengan 12 model baru dijadualkan dalam 18 bulan hingga November 2021.
Artikel oleh Hamimah Hamid dan Mohd UmzarulFaiz