Nissan Pulsar GTI-R untuk dijual - RM4.31 juta sahaja

oleh HEZERI SAMSURI|
Seorang pemilik Nissan Pulsar GT-R di Australia telah menyenaraikan kenderaan JDM beliau untuk dijual pada harga AUD1.35 juta atau RM4.31 juta.

Biasanya, harga pasaran Pulsar GTI-R model tersebut adalah dalam lingkungan antara AUD35,000 ke AUD40,000 dan unit yang dijual ini adalah model tahun 1994 serta mempunyai jarak perbatuan 97,000 km.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun begitu, antara penyebab pemilik itu yakin ia boeh terjual dengan harga setinggi itu ialah kerana nombor pendaftaran "81" yang digunakan oleh Pulsar tersebut.

Sebelum ini, nombor pendaftaran Victoria "26" telah dijual dengan harga AUD1.1 juta pada tahun 2020 dan plet "911" pula dijual dengan harga AUD500,000 dalam tahun 2018.

 

 

Nissan Pulsar GTI-R ini dihasilkan oleh Nissan dalam tahun 1990 sehingga 1994 untuk pasaran Jepun sahaja sempena homologasi Nissan untuk cabaran Kejuaraan Ralli Dunia (WRC).

Ia menggunakan enjin SR20DET dengan 170kW dan sistem pacuan empat-roda ATTESA.

Semasa baharu, ia mampu membuat pecutan 0-100 kmsj dalam masa 5.5 saat.

* Laporan asal di Motoring Australia

 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Dilihat dari dekat, corak jeriji berbentuk koma dan diselaputi warna hitam kilat. Koma atau…
Berita Global
Nissan Elgrand AUTECH 2024   Nissan sekali mengemaskini Elgrand dan mula dijual di Jepun pada…
Berita Global
  Kicks lebih tenang namun tetap bergaya selain canggih dengan teknologi e-POWER.  Tidak dibawa…