Nissan Proto Z sah hadir dengan transmisi manual menerusi video teaser terbaharu

oleh Mohamad Hanif|
Tidak sampai beberapa hari lagi sebelum pengenalan rasmi, namun Nissan sedikit demi sedikit memperlihatkan teaser bagi model kereta sports pacuan roda belakang Nissan Proto Z menerusi sebuah lagi video yang diterbitkan.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Dalam video terbaharu ini, beberapa aspek rekaan diperlihatkan mengesahkan lagi laporan terdahulu yang menyebut bahawa rekaan luaran sememangnya mengambil kira bentuk daripada model Fairlady Z yang terdahulu.

 


Seperti contoh, lampu hadapan berbentuk bulat yang diinspirasikan daripada Datsun 240Z sementara lampu belakang pula menyamai apa yang terdapat pada Nissan 300ZX Z32.

Selain daripada itu, babak terakhir yang terdapat pada video ini turut memperlihatkan logo Z yang telah dikemaskini, serta kehadiran transmisi manual yang mampu menggembirakan para peminatnya.

 


Walaupun informasi berkenaan Proto Z ini masih lagi samar, Nissan sebelum ini menyatakan bahawa Z generasi baharu ini menggandingkan tema retro dengan teknologi moden dan "ia tidak akan mengecewakan".

Nantikan sahaja kemunculan generasi baharu Nissan Proto Z menjelang pengenalan rasminya pada 16 September ini.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Generasi baharu Nissan Z itu diperlihatkan buat kali pertama menerusi model konsep Nissan Proto Z…
Berita Global
Meskipun gambar tersebut dilihat kabur (atau sengaja dikaburkan), ia menampilkan tempat duduk yang…
Berita Global
Seperti namanya, Nissan Proto Z merupakan gambaran yang paling hampir kepada versi produksi yang…