Nissan Primastar Seaside by Dethleffs, campervan untuk pelanggan Eropah

oleh Muhammad Md Tajudin|
Nissan Primastar Seaside by Dethleffs
Nissan Primastar Seaside by Dethleffs
Van camper di pasaran Eropah dan Amerika Syarikat memang hebat. Ada pelbagai jenis yang ditawarkan sama ada dari syarikat bebas atau dari pengeluar dan individu yang mengubahsuai sendiri.

Terbaru Nissan memperkenalkan van camper Primastar 'Seaside by Dethleffs' untuk pelanggan di Eropah.

Van camper ini adalah hasil kerjasama dengan pakar pengubahsuaian van camper iaitu Dethleffs yang sudah beroperasi lebih daripada lapan dekad.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Diubahsuai daripada Nissan Primastar

 

Nissan Primastar Seaside by Dethleffs

 

Nissan mempunyai van Primastar di Eropah dan van camper ini diubahsuai daripada varian Tekna. Primastar nampak kompak tetapi luas di dalam dan model yang sesuai untuk dijadikan van camper. 

Dari segi kapasiti, van ini mempunyai enam tempat duduk berasingan dengan empat kerusi boleh dilaras secara bebas dan ditanggalkan tanpa alatan.

Kerusi depan pula boleh dipusing dan bersama meja makan menjadikan sesi menjamu selera seperti di rumah.

Peti sejuk, dapur

 

Nissan Primastar Seaside by Dethleffs

 

Tidak lengkap van camper tanpa perkakasan dapur. Van ini mempunyai peti sejuk 36 liter dan dapur gas dengan dua penunu.

Turut dipasang ialah ruang storan dan permukaan yang senang cuci supaya kerja mengemas lebih cepat dan ringkas.

Empat individu boleh tidur

 

Nissan Primastar Seaside by Dethleffs

 

Untuk merehatkan badan di hentian atau tapak perkhemahan, ada empat tempat tidur dengan dua di atas bumbung (pop-up) sambil menikmati langit malam atau udara segar.

Bukan setakat ruang tipikal, pengembara juga boleh memuatkan basikal, papan luncur dan pelbagai barangan untuk kegunaan mereka.

Enjin 2.0 liter, transmisi manual atau automatik

 

Nissan Primastar Seaside by Dethleffs

 

Dari segi mekanikal, van camper ini digerakkan enjin 2.0 liter diesel turbo berkembar dengan dua pilihan kuasa iaitu 150hp atau 170hp. 

Selain kuasa, pemilik juga diberi pilihan transmisi enam kelajuan automatik atau manual.

Untuk pemanduan, van ini ditawarkan dengan fungsi kawalan jelajah yang mempunyai penghad kelajuan dan bantuan titik buta.

Membantu sampai ke destinasi ialah sistem navigasi dengan sistem infohibur yang boleh dikawal melalui skrin sentuh saiz lapan inci.

 

Nissan Primastar Seaside by Dethleffs

 

Dijual di Jerman

Nissan Primastar Seaside akan mula dijual di Jerman beberapa bulan lagi dan kepada yang berminat, boleh mengintai sama ada ianya dijual di United Kingdom.

Bezanya ialah, kereta di UK menggunakan pemanduan kanan berbanding kiri di Jerman.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Nissan Primastar Seaside by Dethleffs