Nissan perkenal Altima (Teana) di Korea, bila mahu dijual di sini?

oleh Muhammad Md Tajudin|
Honda baru sahaja melancarkan Accord baharu di Thailand pada 20 Mac lalu. UMW Toyota Motor (UMWT) pula melancarkan Camry baharu pada 22 November tahun lalu.

Kini tinggal satu lagi pesaing tradisional yang masih belum menjejakkan kaki ke pasaran ASEAN. Nissan Teana generasi kelima (L33) dilancarkan pada tahun 2014 dan sampai sekarang masih belum berganti.

Satu perkara menarik ialah Teana tidak lagi dipaparkan di lawan web rasmi Nissan tempatan bersama dengan Sylphy. Ini bermakna kitaran hayat produk Almera lebih lama berbanding kedua-dua kereta penumpang tersebut.

Di Thailand pula, Nissan melancarkan model facelift pada November tahun lalu dan membawanya ke Pameran Kenderaan Antarabangsa Bangkok 2019 pada Mac lalu.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024
Nissan Altima

 

Jika senario tersebut diambil kira, ini bermakna Teana yang dilancarkan pada tahun 2014 masih akan kekal lagi buat beberapa seketika.

Berbeza dengan Amerika Syarikat, Altima atau Teana generasi keenam (L34) sudah dipertontonkan pada Mac tahun lalu. Produksi Altima pula bermula pada Ogos tahun yang sama.

Jadi bilakah Teana baharu akan memasuki pasaran di benua sebelah sini? Kami tidak dapat memberikan tarikh yang tepat tetapi apa yang pasti ialah Altima sudah pun memasuki pasaran Korea.

Pada 28 Mac lalu Nissan Korea mempertontonkan Altima baharu pada Pameran Kenderaan Seoul 2019 di Pusat Pameran Antarabangsa Korea (KINTEX), Ilsan.

Jika Honda mengambil jalan memperkenalkan Accord pasaran Thailand dengan enjin 1.5 liter turbo dan 2.0 liter hibrid manakala UMWT dengan Camry 2.5 liter, Nissan Korea menawarkan dua jenis enjin iaitu 2.0 liter turbo dan 2.5 liter aspirasi normal (n/a).

 

Nissan Altima versi Amerika Syarikat
Nissan Altima versi Amerika Syarikat 

 

Enjin 2.0 liter tersebut menggunakan teknologi Variable Compression Ratio Turbo yang mampu memberikan kuasa dan penjimatan minyak melalui nisbah mampatan 8:1 untuk prestasi tinggi dan nisbah 14:1 untuk kecekapan tinggi.

Enjin 2.5 liter pula telah dirombak semula dengan 80 peratus komponen baharu atau direka semula bagi memberikan NVH (Noise Vibration Handling) dan penggunaan minyak lebih baik serta penuruan kadar emisi CO2.

Selain itu apa yang membuatkan Altima baharu ini begitu menyerlah ialah reka bentuk luaran maskulin dan macho.

Altima baharu menggunakan tema gayaan Nissan V-Motion 2.0 dengan ciri-ciri lebih dinamik dan sofistikated.

Altima baharu lebih rendah, panjang dan lebar berbanding model dahulu bagi menampakkan imej lebih sporti secara keseluruhan. Gril V-motion dan lampu utama berbentuk bumerang juga banyak memberikan karakter kepada Altima baharu ini.

 

Nissan Altima versi Amerika Syarikat
Nissan Altima versi Amerika Syarikat 

 

Bahagian dalam masih kekal berkonsepkan Gliding Wing manakala panel instrumen melintang memberi impak keterbukaan dan moden.

Nissan Korea turut mengesahkan Altima baharu akan mula dilancarkan kepada orang ramai pada separuh kedua tahun ini.

Kami juga sebenarnya teruja menantikan pelancaran Teana baharu ke pasaran tempatan kerana reka bentuknya membawa era baharu untuk Nissan setelah lama memerah Almera dan Grand Livina.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan Automotive News, peranan yang ditinggalkan oleh dua sedan tersebut akan digantikan…
Berita Global
Di Malaysia, kita sudah biasa tentang berita Myvi yang sering terbang keluar dari habitat asal.…
Berita Global
Wajah Altima SR yang agresif!     Altima sedia ada sudah pun menarik dan model 2023 diserlahkan…