Nissan Patrol NISMO 2023 diperkenal di UAE, SUV besar yang sporti!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Nissan Patrol NISMO 2023
Nissan Patrol NISMO 2023
Nissan Patrol adalah sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) saiz besar dengan enjin besar dan dikenali sebagai Armada di Amerika Syarikat.

Selain Patrol untuk pelanggan umum, Nissan turut mengeluarkan Patrol NISMO yang bukan sahaja berbeza dari segi penampilan malah lengkap dengan suspensi khas.

Terbaru di Emiriah Arab Bersatu (UAE), Nissan memperkenalkan Patrol NISMO 2023. 

Edisi terbaru ini dilengkapi NissanConnect yang boleh menghubungkan telefon pintar pemilik dengan kereta.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024
Nissan Patrol NISMO 2023

 

NissanConnect menawarkan 12 ciri yang dibahagikan kepada tiga kategori utama iaitu Navigation & Driving, Convenience & Comfort dan Safety & Car Health.

Menggunakan telefon pintar, pemilik Patrol NISMO boleh mengunci dan membuka kunci pintu, mengaktifkan hon dan lampu serta menghidupkan enjin bagi menyejukkan kereta.

Selain itu, pemilik juga boleh menetapkan peringatan untuk kelajuan, waktu tidak aktif dan had lokasi bagi mengawasi SUV berprestasi mereka.

Ciri tersebut selari dengan teknologi kenderaan masa kini.

 

Nissan Patrol NISMO 2023

 

Bahagian dalam Patrol NISMO 2023 menggabungkan ciri mewah dan sporti. Stereng dibalut Alcantara hitam dan mempunyai tanda pada jam 12 ala kereta lumba.

Konsol tengah diriasi sulaman merah dan kemasan gentian karbon. 

Skrin info hiburan bersaiz 12.3 inci dan boleh dihubungkan tanpa wayar dengan Apple CarPlay dan Android Auto.

Deria pendengaran pemandu dan penumpang disajikan 13 pembesar suara Bose Premium Sound System selain pengurangan bunyi yang ditingkatkan untuk suasana lebih mewah.

 

Nissan Patrol 2023
Nissan Patrol 2023

 

Di bawah hud depan ialah enjin 5.6 liter V8 yang menghasilkan 428 kuasa kuda (hp) dan tork 560Nm. Enjin itu dipadan bersama transmisi automatik tujuh kelajuan.

Tidak sekadar imej garang dan enjin berkuasa, Patrol NISMO menggunakan set suspensi talaan Bilstein.

Kepada yang tertanya saiz rim yang nampak elok di dalam arka roda, jawapannya ialah 22 inci!

 

Nissan Patrol NISMO 2023

 

Kit badan yang agresif pada bahagian depan dan belakang pula berjaya merubah karakter SUV ini. Lampu kabus LED di belakang sebenarnya dipengaruhi kereta lumba Formula 1.

Dari segi keselamatan, Patrol NISMO 2023 dilengkapi teknologi Nissan Intelligent Mobility (NIM) yang merangkumi Pembrekan Kecemasan Pintar dengan Pengesan Pejalan kaki.

Lagi fungsi NIM ialah Amaran Pelanggaran Berdepan Pintar, Cermin Pandang Belakang Pintar dan Bantuan Lampu Alur Tinggi.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Berita Berkenaan

Berita Global
  Bahagian depan Patrol NISMO 2022 garang dengan gril saiz besar corak sarang lebah.  Bersama …
Berita Global
Model baharu ini telah pun diperlihatkan secara rasmi menerusi acara Expo 2020 Dubai yang disiarkan…