Nissan Patrol Nismo 2021 dilancarkan - enjin V8 5.6 liter, 428 hp/560 Nm, suspensi Bilstein

oleh Mohamad Hanif|
Keluarga Nismo yang selama ini terdiri daripada model Nissan 370Z dan Nissan GT-R kini menerima ahli baharu berbentuk sebuah SUV - iaitu Nissan Patrol Nismo.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Model baharu ini telah pun diperlihatkan secara rasmi menerusi acara Expo 2020 Dubai yang disiarkan secara maya dan dihasilkan khusus untuk pasaran Timur Tengah sahaja.

Nissan Patro Nismo didatangkan dengan unit enjin 5.6 liter bentangan V8 aspirasi natural yang menghasilkan 428 kuasa kuda dan daya kilas 560 Nm yang dipadankan dengan transmisi automatik tujuh  nisbah kelajuan.

 

 


Sistem suspensi pula digantikan dengan tetapan daripada Bilstein untuk memastikan pemanduan di selekoh yang lebih meyakinkan untuk sebuah SUV gedabak besar ini.

Dari segi penampilan, Nissan Patrol Nismo membawakan rekaan bampar hadapan dengan bukaan liang udara yang lebih agresif, mesh grille berbentuk sarang lebah, sementara bampar belakang pula dilengkapi dengan diffuser dan lampu brek ala F1.

 


Kemasan pada bahagian belakang disempurnakan dengan kehadiran sistem ekzos sporti dan spoiler bumbung.

Lencana Nismo boleh didapati pada beberapa bahagian termasuklah rim bersaiz 22 inci dan ia dikemaskan dengan jaluran merah pada bahagian bawah badan SUV yang boleh dilayangkan dalam warna White Pearl, Black Solid, Silver atau Grey.

 


Ruang kabin pula didatangkan dengan kemasan upholsteri kulit dan Alcantara, diikuti dengan kemasan venir gentian karbon, takometer berwarna merah, slot pengecasan nirwayar, serta slot pengecasan USB.

Aspek keselamatan Nissan Patrol Nismo ini turut merangkumi beberapa ciri seperti brek kecemasan pintar dengan pengesan pejalan kaki, amaran pelanggaran hadapan, bantuan suluhan tinggi serta cermin pandang belakang pintar.

Seperti yang disebutkan di atas, Nissan Patrol Nismo ini hanya dikhususkan untuk pasaran Timur Tengah sahaja, dengan harga jualan dari AED385,000 (RM434,630).

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  NissanConnect menawarkan 12 ciri yang dibahagikan kepada tiga kategori utama iaitu Navigation…
Berita Global
  Bahagian depan Patrol NISMO 2022 garang dengan gril saiz besar corak sarang lebah.  Bersama …