Nissan NV350 yang ranggi ini di antara 15 buah kereta projek Nissan di Tokyo Auto Salon 2018

oleh Muhammad Md Tajudin|
Tidak lama lagi satu lagi acara pameran kereta hebat bakal dilangsungkan di negara matahari terbit iaitu Jepun. Bagi penggemar modifikasi kereta, Tokyo Auto Salon (TAS) adalah acara yang ditunggu-tunggu di mana ia banyak mempengaruhi hala tuju scene modifikasi global.

TAS 2018 bakal berlangsung dari 12 hingga 14 Januari depan dan satu perkara menarik tentang pameran ini ialah ia bukan sahaja disertai oleh rumah talaan (tuning house) atau syarikat aksesori tetapi juga pengeluar kereta sendiri seperti Nissan.

Maklumlah Nissan juga mempunyai jenama talaan dan aksesori seperti NISMO dan Autech di bawahnya. Pada TAS 2018, Nissan akan mempamerkan sejumlah 15 buah kenderaan dari kereta mesra alam LEAF, van NV350 sehingga kereta berprestasi GT-R.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Nissan di TAS 2018

 

Lima belas buah kereta itu menunjukkan kebolehan Nissan dalam projek-projek custom dan bukanlah sebagai pengeluar kenderaan semata-mata. Juga dipamerkan ialah jenama AUTECH yang baru sahaja diberi nafas baharu dengan mengfokuskan kepada naik taraf premium dan pemanduan sporti.

Selain kereta jalanan dan konsep, Nissan turut membawa kereta lumba legenda mereka iaitu GT500 MOTUL AUTECH GT-R 2016 yang merupakan kereta juara GT500 bagi kategori pemandu dan pasukan pada tahun 2014 dan 2015.

 

Nissan di TAS 2018

 

Berikut ialah senarai dan gambar kenderaan yang bakal dipamerkan di TAS 2018:

- Nissan LEAF Grand Touring Concept
- Nissan NV350 Caravan Grand Touring Concept
- Nissan X-Trail Grand Touring Concept
- Nissan Fairlady Z Heritage Edition
- Nissan Elgrand Special Edition
- Nissan Note e-POWER C-Gear
- Nissan Serena e-POWER AUTECH Concept
- Nissan Note e-POWER AUTECH Concept
- Nissan X-Trail AUTECH Concept 
- Nissan Serena NISMO
- Nissan LEAF NISMO 
- Nissan Note e-POWER NISMO (dilengkapi dengan NISMO sports parts)
- Nissan GT-R NISMO
- Nissan X-Trail (NISMO Performance Package)
- MOTUL AUTECH GT-R (kereta yang digunakan pada perlumbaan Super GT GT500 2016)

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Kredit gambar: (C) Nissan

Berita Berkenaan

Berita Global
  Dilihat dari dekat, corak jeriji berbentuk koma dan diselaputi warna hitam kilat. Koma atau…
Berita Global
Nissan Elgrand AUTECH 2024   Nissan sekali mengemaskini Elgrand dan mula dijual di Jepun pada…
Berita Global
  Kicks lebih tenang namun tetap bergaya selain canggih dengan teknologi e-POWER.  Tidak dibawa…