Nissan NV250, daripada Renault Kangoo kepada Nissan dan Mercedes-Benz

oleh Muhammad Md Tajudin|
Di dalam industri automotif hari ini terdapat tiga kumpulan besar yang bersaing sengit bagi menduduki tempat pertama. Secara tradisinya tempat kedua teratas dihuni oleh Kumpulan Volkswagen dan Toyota Motor Corporation.

Kedudukan tersebut sekarang ini sedang diganggu gugat oleh Pakatan Renault Nissan Mitsubishi (Alliance) tinggal lagi mereka tidak mempunyai produk untuk segmen jentera berat.

Kenderaan komersil adalah produk penting dan salah satu daripada keperluan jika hendak berada di kedudukan pertama.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Nissan NV250

 

Kumpulan VW misalnya mempunyai jenama MAN manakala Toyota Motor Corporation pula memiliki Hino.

Walaupun begitu, Alliance tidak kurang hebat dengan barisan produk kenderaan komersil ringan atau LCV.

Lebih hebat apabila produk sesama Alliance boleh ditukar sesama sendiri. Contohnya Renault Kangoo II diambil oleh Nissan sebagai NV250.

Renault Kangoo pada satu ketika pernah popular di negara kita semasa ia dipasang secara terurai di kilang milik Tan Chong.

Renault Kangoo II memang handal, sebelum diambil Nissan, ia terlebih dahulu diambil oleh Mercedes-Benz sebagai van komersil Citan.

 

Nissan NV250

 

Pada 14 Mei lalu Nissan telah melancarkan NV250 dan akan mula dijual di pasaran United Kingdom bermula September depan.

Pemilihan nama NV250 memang elok dan merupakan turutan kepada van komersil NV200. Untuk model ini Nissan tidak banyak melakukan perubahan dan ia saling tidak tumpah dengan Renault Kangoo II.

Perbezaan yang jelas ialah pada gril V Motion manakala komponen lain sama sahaja dengan Kangoo II.

Nissan menawarkan dua jenis badan iaitu van Panel dan Crew untuk pelbagai keperluan pelanggan. Varian van panel pula mempunyai dua jenis saiz badan dengan dua atau tiga kerusi. Van kru pula mempunyai konfigurasi maksimum empat kerusi.

 

Nissan NV250

 

Menurut Nissan, van ini boleh digunakan untuk pelbagai fungsi sama ada penghantaran dalam bandar atau mengangkut bahan pembinaan.

Muatan yang boleh dibawa pula boleh tahan berat iaitu sehingga 800 kilogram. Dari segi kuasa, NV250 dibekalkan dengan 1.5 dCi yang sama dengan Kangoo II.

Terdapat tiga pilihan kuasa iaitu 79 bhp, 94 bhp dan 113 bhp untuk van panel manakala van kru ditawarkan hanya dengan dua pilihan paling berkuasa sahaja.

Di UK, NV250 akan dijual bersama dengan van elektrik e-NV200 yang canggih. Van elektrik ini telah laku dijual sebanyak 20,000 sejak diperkenalkan. e-NV200 kini dilengkapi bateri 40 kWh dan boleh dipandu sejauh 199 kilometer (kitaran campuran WLTP) dengan cas penuh.

Penulis: Muhammad Md Tajudin