Nissan Note 2021 - trenkuasa e-Power lebih bertenaga, varian EV bakal menyusul!

oleh Mohamad Hanif|
Sudah dua generasi Nissan Note melata di atas jalan raya, dan generasi ketiga sudah pun dilancarkan oleh Nissan baru-baru ini di mana penjualannya dijangka bermula pada bulan Disember akan datang.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Dari segi rupa luaran, Nissan Note 2021 membawakan rekaan gril hadapan V-motion yang lebih besar, dan diapit dengan unit lampu hadapan yang lebih konvensional tanpa sebarang kehadiran sudut yang aneh.

Profil sisi Nissan Note ini menampilkan garis badan dan garis bumbung yang lebih melandai ke bahagian belakang sebelum diakhiri dengan rekaan lampu belakang yang diposisikan melintang.

 


Memasuki ruang kabin, rekaan papan pemuka telah diberikan nafas baharu dengan elemen panel tiga lapis, diikuti dengan skrin infotainmen di bahagian tengah dan skrin digital kluster di sebalik roda stereng serba baharu.

Butang kawalan iklim kabin pula diposisikan di bahagian bawah corong pendingin hawa, manakala konsol tengah pula terdapat tombol penukaran gear, brek parkir elektrik dan ruang pengecasan peranti pintar nirwayar di bahagian bawah.

 


Menyertai senarai kelengkapan yang didatangkan adalah ciri bantuan pemandu terdiri daripada bantuan 360 darjah, serta sistem ProPilot dengan Navi-Link yang mampu berhubung dengan kawalan pelayaran aktif serta mengesan papan tanda had laju untuk mengubah kelajuan semasa kenderaan.

Dari segi trenkuasa, Nissan Note 2021 bakal hadir dengan unit e-Power, terdiri daripada bantuan motor elektrik untuk menggerakkan roda hadapan, manakala unit enjin pula bertindak sebagai sumber kuasa bagi mengecas bateri.

Menurut Nissan, dengan unit ICE yang lebih berkuasa dan lebih efisien, sistem e-Power ini mampu menghamburkan 10 peratus lebih daya kilas dan 6 peratus lebih kuasa kuda, manakala sistem ini secara keseluruhan telah ditala semula untuk pecutan yang lebih lancar dan menyumbang kepada kadar kesenyapan kabin yang lebih baik.

 


Tidak cukup dengan itu, Nissan juga merancang untuk membawakan varian elektrik sepenuh masa, terdiri daripada bantuan motor elektrik berkembar (satu untuk setiap gandar), serta sistem pacuan semua roda yang bakal dilancarkan bulan hadapan.

Terdapat tiga varian yang ditawarkan, iaitu S, F, dan X dengan harga jualan bermula dari 2,029,500 yen (RM79,343) sehingga 2,186,800 yen (RM85,493).

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Untuk pasaran Jepun, model tersebut telah pun diberikan kemaskini facelift, dengan membawakan…
Berita Global
Menurut laporan Bloomberg lagi, terdapat juga masalah litar pintas yang mampu mengakibatkan motor…
Berita Global
Penampilan Note Aura Nismo ini banyak disumbangkan oleh rekaan yang diinpirasikan daripada jentera…