Nissan Newbird, Bluebird diubah suai guna motor elektrik LEAF!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Nissan Newbird
Nissan Newbird
Pengenalan teknologi kenderaan elektrik berjaya membuka pelbagai peluang baharu. Memandangkan nadi utamanya adalah motor elektrik kenapa tidak dipasangkan sahaja pada kereta lama.

Sudah banyak projek begini dibuat termasuk ditawarkan kepada umum.

Projek terbaru melibatkan Nissan sendiri yang mengubahsuai kereta lama dengan memasukkan motor elektrik daripada LEAF!

Lebih mengujakan apabila model yang dipilih adalah Nissan Bluebird!

Projek ini dibuat di United Kingdom dan bagi meraikan ulang tahun pengeluaran ke-35 kilang Nissan di Sunderland.

Mengapa Bluebird dipilih? Model ini adalah yang pertama dikeluarkan di sana iaitu pada September 1986.
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02
Nissan Newbird

 

Seperkara lagi yang menarik, masih ada 19 kakitangan asal dan jika dahulu terlibat dengan Bluebird sekarang bersama LEAF pula.

Dengan nadi baharu, Bluebird ini dinamakan Newbird dan projek one-off sahaja. 

Untuk memuatkan rangkaian kuasa LEAF, banyak ubah suai perlu dibuat. Enjin dan kotak gear lama ditanggalkan bagi memuatkan motor elektrik, penyongsang (inverter) dan pek bateri 40kWh.

Modul bateri dipisahkan dengan satu bahagian pada ruang enjin dan satu lagi pada but bagi mengoptimumkan pembahagian berat kereta.

Ini penting, jika tidak kereta macam perahu atau menyondol ke depan.

 

Nissan Newbird

 

Ubah suai juga dibuat pada stereng berkuasa, brek dan sistem pemanasan yang kini dikuasakan oleh elektrik.

Selain itu, suspensi turut diubah suai supaya dapat menampung beban tambahan daripada pek bateri.

Sebagai identiti nadi elektrik, logo Nissan pada bonet mempunyai nyalaan LED apabila Newbird ini tidak bergerak.

Untuk pengecasan, buka sahaja penutup tangki minyak asal dan sambungkan ke plug.

Bateri Newbird boleh dicas sehingga 6.6kW dan panel meter asal disambung kepada sistem EV dengan bahagian jarum minyak mempamerkan kadar pengecasan.

 

Nissan Newbird

 

Dari segi prestasi, sekali cas penuh dapat dipandu sehingga 209 kilometer dengan pecutan 0 hingga 100 km/j boleh dipecut di bawah 15 saat.

Bahagian luar Newbird direka oleh Nissan Design Europe dengan inspirasi teknologi era 80-an dan kombinasi estetik masa kini.

Projek ubah suai ini diuruskan oleh Kinghorn Electric Vehicles di Durham dan pakar dalam pengubahsuaian kereta klasik kepada janaan elektrik menggunakan motor, penyongsang dan bateri terpakai Nissan LEAF.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Nissan Newbird

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Walaupun lama di pasaran, Serena memiliki satu teknologi rangkaian kuasa yang bagus iaitu e-…
Berita Global
Nissan Armada Amerika Syarikat   Pada April lalu Careta memaparkan mengenai pelancaran …
Berita Global
  Jika generasi ketiga tidak dibawa masuk, mereka yang berminat perlu meminta Nissan untuk…