Nissan Navara VL Plus baharu, kini dengan I-AVM (Intelligent Around View Monitor)

oleh SALINA JALIL|
Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) hari ini melancarkan penambahan terbaharu ke dalam rangkaian model Navara, Nissan Navara VL Plus, dilengkapi dengan teknologi Nissan Intelligent Mobility (NIM) dan sistem keselamatan yang telah dipertingkatkan.

Varian Navara VL Plus kini dipasang dengan Intelligent Around View Monitor (I-AVM), teknologi Nissan Intelligent Mobility (NIM) yang menggunakan 4 unit kamera untuk menyediakan pandangan 360° dari atas kenderaan bagi memudahkan urusan navigasi di kawasan yang sempit dan ketika parkir. 7 Beg Udara SRS (dua di hadapan, sisi, jenis curtain dan lutut pemandu) turut dipasang untuk perlindungan tambahan. Manakala Speedometer Digital baharu yang disepadukan dengan Advance Driver-Assist Display (ADAD) menawarkan pemanduan yang lebih mudah.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Pengarah Jualan dan Pemasaran ETCM, Christopher Tan berkata bayangkan pengalaman pemanduan serba baharu, menjalani kehidupan dengan lebih keterujaan, keyakinan dan terhubung dengan dunia di sekeliling anda. Nissan Intelligent Mobility (NIM) menawarkan Intelligent Around View Monitor (I-AVM) yang boleh didapati pada 3 model terlaris kami; X-Trail, Serena S-Hybrid dan kini Navara,” kata Pengarah Jualan dan Pemasaran ETCM, Christopher Tan.

 

Navara VL Plus terus menjanjikan prestasi pemanduan dinamik dengan enjin diesel 2.5 litre turbo intercooler yang mampu menjana kuasa sehingga 190 PS dan tork 450Nm. Ia dipadankan dengan transmisi automatik 7 kelajuan bersama mod manual yang pertama dalam kelasnya untuk pecutan lebih lancar.

 

navara 1

 

Bukan itu sahaja, Navara ialah trak pikap pertama Jepun di Malaysia dipasang dengan Sistem Suspensi Belakang Multi-Link yang menawarkan pemanduan selesa dan pengendalian luar biasa, sama seperti sebuah SUV. Bersama dengan Tempat duduk yang diinspirasikan daripada Graviti Sifar, keselesaan dipertingkatkan lagi kerana ia membantu menghilangkan kepenatan pemandu semasa perjalanan yang jauh. Sama ada untuk kegunaan rekreasi atau perniagaan, Navara adalah pickup dwi kabin yang boleh dipercayai mampu membawa beban maksimum seberat satu tan

Nissan Navara VL Plus hadir dengan jaminan selama 5 tahun atau perbatuan sejauh 150,000km (mana-mana tiba dahulu). Trak pikap ini juga boleh didapati dalam pakej Black Series yang agresif.

 

 

NAVARA 2.5L VL PLUS

NAVARA 2.5L VL PLUS – BLACK SERIES

Semenanjung Malaysia

RM119,869.08

RM123,642.67

Sabah

RM121,700.23

RM125,473.82

Sarawak

RM121,705.41

RM125,479.00

Labuan

RM121,600.00

RM125,400.00

Langkawi

RM120,600.00

RM124,400.00

  • Harga di atas jalan termasuk 0% GST tanpa insurans
  • Pakej Black Series merangkumi: Eyelid Lampu Utama berwarna hitam matte, Gril Hadapan Hitam Matte, Bampar Hadapan digelapkan, Perumah Lampu Kabus Hitam Matte, perumah Cermin SIsi Hitam Matte, Sport Bar Hitam

 

 

Navara VL Plus akan membuat penampilan dalam acara Karnival Pandu Uji Nissan Seluruh Negara di bilik-bilik pameran terpilih pada dua hujung minggu (4 hingga 5 Ogos dan 11 hingga 12 Ogos), bermula jam 10am hingga 8pm. Orang ramai dijemput untuk mengunjungi Karnival Pandu Uji Nissan Seluruh Negara dan menjadi yang terawal memandu uji Navara VL Plus baharu.

 

Tawaran, hadiah dan aktiviti menarik ada disediakan di karnival tersebut. Antaranya ialah aktiviti mesra alam Nissan Nurtures Nature yang menyeronokkan dan berkisar tentang falsafah alam sekitar 3R: Reduce (mengurangkan), Reuse (guna semula) dan Reconnect (berhubung semula):

  • Reduce – Aktiviti menanam pokok-pokok herba; menjadikan kediaman lebih hijau untuk mengurangkan Karbon Dioksida (CO2) dan menghasilkan lebih banyak Oksigen (O2).  
  • Recycle – Menukar bahan buangan menjadi sesuatu yang boleh digunakan; satu pameran menunjukkan penggunaan tayar terpakai yang ditukar menjadi perabot yang menarik
  • Reconnect – Menikmati keindahan semula jadi memdatangkan ketenangan dan  menyegarkan kembali serta memberi tenaga kepada tubuh badan serta minda. Satu siri Eco Talk oleh pihak aktivis eco akan mendidik pemilik serta pelanggan tentang kenapa kita perlu dan bagaimana kita boleh memainkan peranan dalam menyumbang kembali kepada alam sekitar. 

 

Tarikh dan lokasi Karnival Pandu Uji Nissan Seluruh Negara:

 

Tarikh

Wilayah

lokasi

3 – 4 Ogos

Pantai Timur

AEON Kota Bharu, Kelantan

4 – 5 Ogos

Tengah

ETCM Glenmarie

Tengah

ETCM Cheras

Utara

ETCM Sungai Petani

Utara

ETCM Taiping

Pantai Timur

ETCM Kuantan *

Selatan

ETCM Semabok

Sarawak

ETCM Miri

Sabah

Kompleks Karamunsing, Kota Kinabalu

11 – 12 Ogos

Tengah

ETCM Petaling Jaya *

Tengah

ETCM Puchong

Utara

ETCM Weld Quay

Utara

ETCM Ipoh

Selatan

ETCM Seremban

Selatan

ETCM Johor Jaya *

Sarawak

ETCM Kuching

Sabah

ETCM Sandakan

  • Eksklusif dengan aktiviti Nissan Nurtures Nature
  • Sesi Eco Talk hanya diadakan pada Sabtu (4 dan 11 Ogos 2018)

 

 

 

Tarikh dan lokasi Siri Jelajah Nissan:

 

Tarikh

Lokasi

3 - 5 Ogos

The Spring Shopping Mall, Kuching

3 - 5 Ogos

Kompleks Karamunsing, Kota Kinabalu

3 - 5 Ogos

Sunway Carnival Mall, Pulau Pinang

6 - 12 Ogos

AEON Seri Manjung, Perak

9 - 12 Ogos

Starling Mall, Petaling Jaya

17 - 19 Ogos

Kluang Mall, Johor

21 - 25 Ogos

AEON Tebrau City, Johor Bahru

22 - 26 Ogos

Mid Valley Megamall Exhibition Centre, Midvalley, Kuala Lumpur

 

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web www.nissan.com.my atau hubungi Pusat Khidmat Pelanggan Nissan ETCM di talian: 1800-88-3838.

Berita Berkenaan

Berita Global
  Dilihat dari dekat, corak jeriji berbentuk koma dan diselaputi warna hitam kilat. Koma atau…
Berita Global
Nissan Elgrand AUTECH 2024   Nissan sekali mengemaskini Elgrand dan mula dijual di Jepun pada…
Berita Global
  Kicks lebih tenang namun tetap bergaya selain canggih dengan teknologi e-POWER.  Tidak dibawa…