Nissan Navara Trek-1° - Hanya di UK, RM 195K!

oleh Muhammad Md Tajudin|
 Nissan Navara Trek-1°
Nissan Navara Trek-1°

Nissan Navara begitu hangat diperkatakan apabila Mercedes-Benz melancarkan X-Class yang berkongsi platform sama dengan pelantar pikap itu.

Saham Navara turut naik sementelah Mercedes-Benz yang kaya dengan wang dan pengalaman kejuruteraan sendiri mengadaptasi pikap yang menjadi mainan peniaga di Thailand dan juga usahawan dalam negara kita.

Di United Kingdom, pasaran kenderaan sememangnya maju dan kompetitif. Untuk kekal relevan, pengeluar perlu sentiasa mengemas kini produk sedia ada.

Ini adalah Nissan Navara Trek-1°. Varian dengan nama istimewa itu mengambil inspirasi dari keadaan geografi di kawasan padang pasir Navarre yang terletak di 'utagha' Sepanyol pada longitud -1°.

Navara Trek-1° diasaskan dari varian Tekna yang dikuasakan oleh enjin 2.3 dCi 190 dengan pacuan 4WD. Ia didatangkan dengan dua pilihan transmisi iaitu enam kelajuan manual dan tujuh kelajuan automatik. 

 

Nissan Navara Trek-1°

 

Berikut ialah peralatan ekstra pada Nissan Navara Trek-1°:

  • Rangka besi belakang dengan lampu LED
  • Penutup ruang kargo (bed cover)
  • Dua warna; Black Metallic dan Storm White 
  • Pelekat grafik Trek-1° pada sisi pikap
  • Forward Emergency Braking, Vehicle Dynamic Control, Hill Descent Control dan Hill Start Assist
  • Sistem infotainmen Nissan Connect dengan navigasi satelit
  • 360° Around View Monitor
  • Kerusi balutan kulit
  • Kerusi depan dengan fungsi pemanasan

 

Nissan Navara Trek-1°

 

Nissan Navara Trek-1° dipasarkan pada harga GBP 35,065 atau bersamaan RM 195,707.57 termasuk cukai nilai tambah (VAT). Harga tersebut GBP 3,435 lebih tinggi berbanding Navara Navara Tekra yang merupakan varian paling premium.

Untuk perbandingan, Mercedes-Benz X-Class (varian asas) pasaran Jerman dipasarkan dari Euro 37,294 (termasuk 19 peratus VAT) atau bersamaan RM 186,454.81.

Tidak kira sama ada harga di UK atau Jerman, sememangnya harga di kedua-dua negara tersebut kelihatan tinggi. Tidak dapat dipastikan apakah reaksi pasaran UK apabila harga Nissan Navara dalam RM ditukar kepada matawang pound.

Harga pasaran tempatan Nissan Navara 2.5L VL A/T yang merupakan varian paling premium ialah RM 120,800.00 (dengan GST tanpa insurans). Jika ditukar nilai, ia bersamaan GBP 21,644.99.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Add new comment

Careta Ad

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ini bermakna, jaminan sedia ada tidak akan terbatal walaupun perkhidmatan servis berkala tidak…
Berita Global
  Bentangan tersebut adalah refleksi kepada bahasa reka bentuk baharu Nissan iaitu Timeless…
Informasi
Honda - Bermula dengan kedai talaan kereta lumba Dalam tahun 1937, Soichiro Honda membuka syarikat…