Nissan Navara Pro-4X Warrior khusus untuk pasaran Australia - lebih agresif!

oleh Mohamad Hanif|
Nissan Australia baru-baru ini memperlihatkan secara rasmi varian mercu bagi trak pikap Nissan Navara, iaitu Nissan Navara Pro-4X Warrior dengan kelengkapan yang dihasilkan khas oleh Premcar.

Syarikat kejuruteraan itu telah mendatangkan beberapa penambahan ciri seperti pemasangan bampar logam yang lebih agresif, skid plate merah terang, bar lampu LED, serta fender flare pada keempat-empat sudut.

 


Selain daripada itu, untuk pemanduan off-road yang lebih menyenangkan, Premcar turut mendatangkan sistem suspensi yang lebih berkeupayaan, dibantu dengan rim unik serta tayar mud-terrain.

Menurut pengarah Premcar Engineering, Bernie Quinn berkata, "kami melihat segala penambahbaikan yang dibuat oleh Nissan terhadap Navara Pro-4X seperti kadar NVH yang impresif, kualiti stereng, kelengkapan keselamatan serta fungsi utama kabin, dan kami meningkatkannya dengan teknologi kejuruteraan in-house untuk mencipta Navara yang paling kukuh dan berkeupayaan dalam dunia.

 


Tiada sebarang perincian berhubung harga jualan didedahkan buat masa ini.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan daripada WhichCar, Nissan Z dengan spesifikasi yang paling tinggi itu didatangkan…
Berita Global
Biarpun menggunakan platform CMF-C yang sama digunakan oleh Mitsubishi Outlander, Nissan X-Trail…
Berita Global
Terdahulu, Nissan mengesahkan penawaran GT-R akan ditamatkan di negara itu disebabkan ia tidak lagi…