Nissan Navara Nismo - bakal beri saingan kepada Ranger Raptor, Triton Absolute

oleh Mohamad Hanif|
Nissan nampaknya ingin menghasilkan sebuah lagi model berprestasi tinggi dibawah talaan Nismo, namun kali ini pendekatan yang cuba diberikan sedikit berbeza.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Ini kerana bos Nissan di Australia nampaknya sedang cuba-cuba untuk menghasikan sebuah pesaing kepada trak pikap berprestasi tinggi Ford Ranger Raptor.

Menurut Stephen Lester, insan yang mengetuai Nissan Australia berkata, "trak pikap Nismo ini tidak akan sekali-kali menggunanakan enjin sedia ada" sambil membayangkan nadi baharu yang berkemungkinan besar lima atau enam silinder sebaris.
 


Ini bermakna, selain daripada Mitsubishi yang cuba memberi saingan menerusi model Triton Absolute, rakan sepakatannya juga akan turut sama memberikan opsyen kepada para pembeli di dalam segmen tersebut. 

Nissan baru-baru ini telah melancarkan Navara versi kemas kini yang membawakan pelbagai ciri penambahbaikan kepada trak pikap tersebut seperti talaan kepada transmisi, penambahan brek cakera di bahagian belakang serta enjin empat silinder sebaris turbo berkembar. 
 


Nadi diesel 2.3 liter empat silinder sebaris itu kini menampilkan sistem turbo berkembar yang boleh didapati pada kesemua varian dengan dua talaan yang berbeza. 

Versi asas mampu menghasilkan 160 hp dan 425 Nm manakala varian tertinggi pula hadir dengan kuasa 187 hp dan 450 Nm. 

Sebagai perbandingan, Ranger Raptor didatangkan dengan enjin diesel empat silinder sebaris bi-turbo yang hadir dengan kuasa 210 hp dan 500 Nm digandingkan dengan transmisi automatik 10 nisbah kelajuan.