Nissan mungkin tutup kilang di Eropah

oleh Mohamad Hanif|
Nissan dalam satu kenyataan memberikan amaran terhadap masa hadapan pengeluar tersebut melihatkan kepada ketidaktentuan semasa yang diakibatkan oleh Brexit dan juga kekurangan permintaan pasaran.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Ketika ini, nasib kilang pemasangan Nissan di Sunderland, England yang bertanggungjawab memasang model yang dipasarkan untuk Eropah masih lagi belum ditentukan, menurut pengerusi Nissan Eropah, Gianluca de Ficcy. 

Sekiranya Britain gagal untuk mencapai persetujuan perdagangan bebas dengan EU, ia akan memberikan kesan bukan sahaja terhadap kenaikan harga kenderaan dan komponen, malah ia turut memberikan kesan kepada kilang yang menghasilkan tiga perempat output kepada benua tersebut. 

Amaran terkini Nissan berkenaan nasib kilang terbesar di Sunderland itu timbul selepas Perdana Menteri Boris Johnson berniat untuk menamatkan perjanjian perdagangan dengan EU.

Tambah membimbangkan apabila prestasi jualan Nissan di Asia juga turut mencatatkan penurunan dan kerugian. 

 


Kilang Nissan di Sunderland merupakan lokasi pemasangan Qashqai, Juke dan LEAF dan dibantu dengan peranan sebuah lagi kilang yang bertempat di Sepanyol.

Namun, pasaran Sepanyol juga turut dilaporkan mengalami kejatuhan jualan kenderaan dan ini memaksa mereka untuk mengkaji kembali strategi di Eropah, termasuklah di Barcelona. 

Sebelum ini, Nissan sudah pun mengumumkan akan menghentikan kira-kira 600 orang pekerja dan tindakan lanjut hanya akan dibuat dalam masa beberapa bulan lagi, menurut eksekutif Nissan. 

Seakan benar pula ramalan Carlos Ghosn sebelum ini...

Berita Berkenaan

Berita Global
Nissan Elgrand AUTECH 2024   Nissan sekali mengemaskini Elgrand dan mula dijual di Jepun pada…
Berita Global
  Kicks lebih tenang namun tetap bergaya selain canggih dengan teknologi e-POWER.  Tidak dibawa…
Berita Global
Menurut laporan Nikkei Asia, Nissan mahu bergerak ke arah penghasilan tren kuasa umum untuk EV,…