Nissan Message Park, tidak perlu pegang telefon, hantar pesanan sambil memandu!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Nissan Message Park
Nissan Message Park
Melalui pemerhatian, sekumpulan masyarakat hari ini tidak betah jika tidak memegang telefon tangan. 

Sama ada untuk tujuan kerja, belajar, peribadi dan sebagainya.

Namun terdapat undang-undang yang mewajibkan pengguna melepaskan telefon sebagai contoh ketika memandu.

Walaupun tidak boleh mengenggam telefon, teknologi kenderaan hari ini melalui pelbagai fungsi membolehkan pemandu kekal bercakap menggunakan telefon.

Bagaimana dengan pesanan ringkas? Ini fungsi terbaru di dalam khidmat terhubung Nissan Connect yang dipanggil Nissan Message Park.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Nissan Message Park

 

Fungsi itu membolehkan pengguna memeriksa dan membalas pesanan yang diterima pada telefon pintar mereka sambil memandu melalui peranti dalaman atau kawalan suara.

Penguna hanya perlu memuat turun aplikasi itu ke dalam telefon dan menyambungnya dengan Android Auto.

Pesanan yang dihantar dipaparkan pada skrin navigasi dan dibacakan kepada pemandu melalui Google Assistant.

Fungsi arahan suara pula digunakan untuk menghantar dan menjawab pesanan.

 

Nissan Skyline NISMO

 

Ciri-ciri Nissan Message Park

  • Pemakluman pesanan baharu pada skrin navigasi semasa memandu melalui paparan timbul dan bunyi
  • Buat permulaan lapan aplikasi boleh digunakan seperti LINE, Messenger, Slack, WhatsApp, Skype, Telegram, Signal dan Viber
  • Pesanan boleh dibaca dan balasan boleh dihantar menggunakan Google Assistant
  • Sistem arahan suara turut boleh digunakan untuk menulis pesanan dan menghantar balasan
  • Pemandu juga boleh membaca maklumat lokasi dari Google Map di dalam pesanan yang diterima dan terus menetapkan maklumat tersebut sebagai destinasi sistem navigasi
  • Memeriksa pesanan yang diterima dari pelbagai aplikasi di dalam telefon secara serentak walaupun tidak memandu
Nissan Skyline NISMO

Fungi Nissan Message Park membolehkan pengguna menyedari pesanan yang diterima dengan pantas semasa memandu.

Pemandu dapat memeriksa dan membalas pesanan menggunakan arahan suara tanpa perlu memegang telefon.

Fungsi penetapan lokasi pula sangat berguna ketika mengambil ahli keluarga, destinasi mesyuarat dan pelbagai lagi.

Nissan Serena

Senarai kenderaan Nissan yang serasi:

  • Note (Disember 2020 ke atas)
  • Skyline (September 2019 ke atas)
  • Aura (Ogos 2021 ke atas)
  • X-Trail (Julai 2022 ke atas)
  • Fairlady Z (Ogos 2022 ke atas)
  • Serena (Disember 2022 ke atas)
  • Leaf
  • Aria
  • Sakura

Khidmat Nissan Message Park ditawarkan secara percuma kepada pemilik yang melanggan NissanConnect.

Penulis: Muhammad Md Tajudin / Gambar: Nissan

Nissan Sakura