Nissan mahu produksi LEAF, Note e-Power di Indonesia!

oleh Mohamad Hanif|
Malaysia baharu sahaja menerima pelancaran rasmi Nissan LEAF pada penghujung bulan yang lalu, namun dengan pakej yang ditawarkan, ia menerima maklum balas yang pelbagai dari segenap lapisan masyarakat.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Lain pula halnya di Indonesia kerana saat mereka baharu sahaja selesai dengan acara Gaikindo Indonesia International Auto Show 2019 (GIIAS 2019) bulan lalu, timbul satu berita yang sangat baik dari negara jiran. 

Menurut satu sumber yang dipetik daripada CNN Indonesia, Nissan Motor Indonesia dikatakan berminat untuk memproduksikan hatchback elektrik popular mereka, Nissan LEAF di negara tersebut. 
 


Menurut Direktur Jenderal Industri Logam, Mesin Alat Transportasi, dan Elektronika (Ilmate), Harjanto berkata, pihak Nissan Motor Indonesia melakukan kunjungan ke kementerian tersebut bagi menyatakan hasrat mahu memproduksikan EV. 

Lebih tepat lagi, dua model yang dimaksudkan iaitu Nissan LEAF dan juga Nissan Note e-Power akan dipasang di kilang Mitsubishi Indonesia. 

Langkah Nissan ini nampaknya amat bertepatan dengan usaha kerajaan Indonesia mempersiapkan diri beralih kepada fasa berikutnya, iaitu memperkasakan industri kenderaan elektrik. 
 


Nissan bukanlah pengeluar pertama yang berminat untuk memasang EV di Indonesia, kerana sebelum ini Toyota juga turut dilaporkan mahu melabur di dalam pembangunan kereta elektrik di sana. 

Syarikat-syarikat besar dunia seperti Hyundai Motors Co dan Mtsubishi Motors Corp juga nampaknya menjadikan Indonesia sebagai sasaran pelaburan EV seterusnya, meninggalkan negara jirannya Malaysia dalam keadaan terkial-kial dengan projek kereta nasional..

Indonesia 4 - 0 Malaysia.

Sumber: Autonetmagz

Berita Berkenaan

Berita Global
  JVC KENWOOD juga menawarkan produk sama dan dijual secara dalam talian. Bateri mudah alih ini…
Berita Global
Menurut laporan Bloomberg lagi, terdapat juga masalah litar pintas yang mampu mengakibatkan motor…
Berita Global
Apabila disebut mengenai EV, pasti ramai akan tertumpu pada jenama besar seperti Tesla, yang…