Menurut Nissan, mereka mensasarkan pengurangan produksi global sekurang-kurangnya 10 peratus menjelang Mac 2022, dan ini termasuklah jenama aras mula Datsun dan jenama mewah Infiniti.
Walaupun sebelum ini Nissan telah menjalankan kajian yang menyebut anak muda masa kini lebih gemar kepada sedan, namun realitinya tidak seindah yang diimpikan.
Ini kerana menurut Autonews, model terbaharu Versa (Almera) dan juga Sentra bakal berada di dalam bahaya kerana berada di dalam pasaran yang semakin mengecil.
Selain daripada itu, model-model coupe dua pintu seperti Infiniti Q60 dan Nissan 370Z juga bakal menjadi mangsa seterusnya oleh kerana prestasi jualan tidak seperti yang diharapkan.
Namun, dari segi prestasi di dalam segmen SUV dan crossover, Nissan lebih menyerlah.
Nampaknya, Nissan juga turut mengikut jejak langkah Honda di mana syarikat Jepun itu sebelum ini mengumumkan pengurangan varian produk sehingga 66 peratus menjelang 2020.