Nissan mahu jadikan NISMO pakar EV berprestasi tinggi

oleh Mohamad Hanif|
Nissan merancang untuk melancarkan tidak kurang daripada 15 buah kenderaan elektrik menjelang tahun 2030, dan tidak ketinggalan, EV yang lebih sporti bakal dilancarkan di bawah subjenama NISMO.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Bercakap kepada Top Gear, pengerusi Nissan Eropah Guillaume Cartier mengesahkan syarikat itu sedang meneliti model manakah yang sesuai untuk dijadikan EV berprestasi tinggi pada masa akan datang.

"Nismo merupakan sebuah aset yang kami ada, dan ia sesuatu yang perlu kami 'cergaskan' semula. Mungkin satu hari nanti kita akan ada kereta talaan Nismo? Jawapannya, ya."

Langkah ini dilihat mampu meletakkan Nismo kembali sebaris dengan beberapa jenama berprestasi tinggi seperti BMW M, Mercedes-AMG, serta Audi Sport yang kini menumpukan perhatian dalam menghasilkan EV yang lebih sporti.
 

nismo


Menariknya, beliau menambah EV talaan Nismo bukanlah satu gimik atau kosmetik semata-mata, sebaliknya mahukan model yang benar-benar menawarkan prestasi yang lebih tinggi - sesuai dengan nama Nismo itu sendiri.

Apa yang Nismo akan lakukan adalah resepi yang paling senang: talaan suspensi dan trenkuasa yang lebih spesifik.

Namun pada model Ariya, ia mungkin satu cabaran disebabkan spesifikasi crossover itu sudah pun hadir dengan pek bateri yang besar dan prestasi yang tinggi.

"Jadi, kami perlu melangkaui apa yang ditawarkan (pada model Ariya).

Sumber: Top Gear

Berita Berkenaan

Berita Global
Nissan Elgrand AUTECH 2024   Nissan sekali mengemaskini Elgrand dan mula dijual di Jepun pada…
Berita Global
  Kicks lebih tenang namun tetap bergaya selain canggih dengan teknologi e-POWER.  Tidak dibawa…
Berita Global
Menurut laporan Nikkei Asia, Nissan mahu bergerak ke arah penghasilan tren kuasa umum untuk EV,…