Nissan mahu hasilkan kereta sports elektrik mampu milik, IDx bakal direalisasikan?

oleh Mohamad Hanif|
Tahun 2013, Nissan mengejutkan dunia dengan kehadiran model konsep klasik moden, Nissan IDx sebagai jawapan kepada segmen kereta sports yang dipelopori oleh Toyota.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun begitu, terdapat beberapa faktor yang menyebabkan Nissan terpaksa menguburkan hasrat untuk merealisasikan model IDx tersebut.

10 tahun kemudian, adakah model ini masih lagi relevan untuk diteruskan?

Dalam satu temubual bersama Top Gear, ketua perancangan produk Nissan Ivan Espinosa memberikan bayangan syarikat itu mungkin akan melancarkan sebuah produk kereta sports elektrik yang mampu milik.
 

gtr


"Bergantung kepada titik masa yang anda rujuk, kami sentiasa mempunyai model GT-R, Z, dan (kereta) aras mula - sama ada hot hatch seperti Pulsar atau model lain.

"Namun pada hari ini, (model aras mula) itu merupakan sesuatu yang kami rindukan (dari segi harga dan prestasi)."

Ketika ditanya apakah bentuk yang bakal diambil oleh model aras mula tersebut, beliau mencadangkan ia tidaklah seperti hot hatch Pulsar, akan tetapi sebuah kereta sports berkuasa elektrik yang lebih mampu milik untuk golongan pelanggan berusia awal 20-an.

Beliau menambah, kereta tersebut perlulah mempunyai ciri yang seronok dan mengujakan untuk dipandu, selain ditawarkan dalam versi Nismo dengan perisa yang lebih 'pedas'.
 

jms


Japan Mobility Show 2023 yang baru berlangsung pada ketika ini membariskan beberapa buah model konsep kereta sports yang sangat menarik, seperti Toyota FT-Se, Mazda Iconic SP, Honda Prelude, dan Daihatsu Copen.

Nissan juga turut menyertai acara tersebut dengan mempamerkan sebuah model konsep Hyper Force, dipercayai bakal menjadi model GT-R pada masa akan datang.

Sebelum ini, terdapat laporan di mana Nissan mahu menghidupkan semula plet nama Silvia sebagai sebuah model elektrik menjelang tahun 2025, dengan pendekatan klasik moden berasaskan generasi pertama Silvia 1964.

Baca: Nissan mahu hidupkan Silvia, muncul sebagai EV 2025

Baca: Sebab kenapa Nissan IDx tidak direalisasikan

Sumber: Top Gear

Berita Berkenaan

Berita Global
  Dilihat dari dekat, corak jeriji berbentuk koma dan diselaputi warna hitam kilat. Koma atau…
Berita Global
Nissan Elgrand AUTECH 2024   Nissan sekali mengemaskini Elgrand dan mula dijual di Jepun pada…
Berita Global
  Kicks lebih tenang namun tetap bergaya selain canggih dengan teknologi e-POWER.  Tidak dibawa…