Nissan mahu hasil GT-R elektrik dengan teknologi bateri solid-state

oleh Mohamad Hanif|
Meskipun perancangan Nissan pada masa ini lebih tertumpu kepada penghasilan kenderaan elektrik untuk orang awam, pengeluar tersebut tetap tidak melupakan sebilangan kecil peminat yang mahukan jentera sports prestasi tinggi.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Ini kerana, kereta berprestasi tinggi dan dihasilkan khusus untuk peminat masih lagi merupakan sebahagian daripada perancangan Nissan, dan teknologi bateri terbaharu jenis pejal (solid-state) merupakan kunci bagi menjadikan ia satu kenyataan, terutama di Eropah.

Berbanding teknologi sedia ada, bateri jenis pejal ini menawarkan tempoh pengecasan yang lebih cepat, dengan kadar ketumpatan tenaga yang lebih tinggi untuk saiz bateri yang sama, selain mengurangkan risiko kebakaran yang kerap dikaitkan dengan kenderaan elektrik.
 

nissan


Dalam temubual bersama Autocar, ketua unit perancangan Nissan François Bailly berkata, "saya amat gemar untuk memiliki sebuah kereta sports EV, namun kami harus mengaturnya terlebih dahulu."

"Kami sebelum ini mengumumkan 23 buah model berelektrik baharu, di mana 15 daripadanya merupakan model EV, dan kami telah mendedahkan lima buah model setakat ini. Soalan penting, apakah yang akan berlaku pada fasa berikutnya?"

Dua buah model daripada 15 EV yang dimaksudkan itu merupakan model pengganti bagi Nissan LEAF, serta Nissan Micra, dan ruang yang sedia ada mungkin sekali akan diberikan kepada penghasilkan kereta sports berkuasa elektrik.

Baca: Nissan umum Ambition 2030
 

GT-r


Malah, Bailly turut mengesahkan terdapat perbincangan dalaman yang wujud tentang potensi penghasilan Nissan GT-R berkuasa elektrik.

"Pada akhirnya, ia akan tetap menjadi keutamaan, dan ya kami sedang melihat kepada kemungkinan tersebut. Kita semua peminat kereta, bukan?"

Nissan turut memberikan bayangan bilakah kereta sports dengan teknologi bateri solid-state tersebut bakal muncul.

Menurut Nissan, kilang perintis dijangka akan siap menjelang tahun 2024, sementara teknologi bateri solid-state yang dimaksudkan itu dijangka sedia pada tahun 2026, dan kereta produksi pertama mungkin sekali akan menjalar di jalan raya pada tahun 2028.

Sumber: Autocar

Berita Berkenaan

Berita Global
Nissan Elgrand AUTECH 2024   Nissan sekali mengemaskini Elgrand dan mula dijual di Jepun pada…
Berita Global
  Kicks lebih tenang namun tetap bergaya selain canggih dengan teknologi e-POWER.  Tidak dibawa…
Berita Global
Menurut laporan Nikkei Asia, Nissan mahu bergerak ke arah penghasilan tren kuasa umum untuk EV,…