Nissan mahu buktikan, LEAF sebenarnya sedap dipandu! (+Video)

oleh Mohamad Hanif|
Mungkin ramai yang skeptikal berkenaan kenderaan elektrik tanpa kehadiran unit trenkuasa enjin pembakaran dalaman yang biasa didapati pada kenderaan konvensional.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Untuk memecahkan stereotaip tersebut, Nissan telah menerbitkan sebuah video ringkas bagaimana hatchback elektrik Nissan LEAF sebenarnya sebuah kereta yang seronok dipandu. 

Atau mungkin terlebih seronok sekiranya ia dipandu oleh pakar pemanduan stunt..

Aksi drift yang biasanya dilakukan oleh kenderaan berpacuan roda belakang (roda depan juga boleh sebenarnya) dan enjin pembakaran dalaman ternyata tidaklah menjadi satu masalah buat Nissan LEAF. 

 


Dengan kuasa 150 hp dan 320 Nm daya kilas yang pantas didapati, pemandu aksi lasak tersebut mampu menjadikan Nissan LEAF sebuah hatchback yang seronok untuk dipandu selain melakukan aksi donut dan burnout. 

Meskipun aksi drift bukanlah kegemaran anda, Nissan LEAF sebenarnya sudah terbukti sebuah kereta elektrik yang seronok untuk dipandu seharian. 

Ini kerana kedudukan bateri yang terletak rendah di bahagian lantai menjadikan titik graviti kereta lebih rendah menyumbang kepada pengendalian dan pemanduan yang lebih baik, terutama ketika meratah selekoh (ayat kegemaran penulis). 

 


Jadi, ringankan tangan anda dan nikmati input pemanduan ringkas kami berkenaan Nissan LEAF 2019 yang dilancarkan untuk pasaran Malaysia tempoh hari. 

Baca: Pandu Uji Nissan LEAF 2019 - Kejutan dalam Kejutan

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  JVC KENWOOD juga menawarkan produk sama dan dijual secara dalam talian. Bateri mudah alih ini…
Berita Global
Menurut laporan Bloomberg lagi, terdapat juga masalah litar pintas yang mampu mengakibatkan motor…
Berita Global
Apabila disebut mengenai EV, pasti ramai akan tertumpu pada jenama besar seperti Tesla, yang…