Nissan mahu bersendirian bangunkan generasi baharu GT-R, Fairlady Z

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kerjasama antara dua atau tiga belah pihak di dalam bidang automotif bukanlah satu kejanggalan lagi, memandangkan kita sudah pun melihat contoh sedia ada iaitu Toyota-Subaru (GT86/BRZ), Mazda-FCA (Miata/124 Spyder) dan Toyota-BMW (Supra).

Begitu juga dengan Nissan yang kini selesa berada di dalam pakatan Renault-Nissan-Mitsubishi, terutama melibatkan perkongsian platform yang banyak menjimatkan kos pembangunan.

Namun, apabila tiba soal kereta berprestasi tinggi yang sedang dalam fasa pembangunan seperti Fairlady Z dan GT-R, Nissan seolah-olah enggan menerima bantuan daripada sesiapa. 

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan kepada Motor1, walaupun ketika ini Nissan berkolaborasi dengan Brock Racing Enterprises (BRE) untuk model ulang tahun ke-50 370Z dan Italdesign (GT-R50), namun bagi generasi baharu Fairlady Z dan GT-R, Nissan kekal untuk meneruskan langkah bersendirian. 

 

gambaran artis untuk generasi baharu R36 GT-R

"Kedua-dua model Z dan GT-R merupakan DNA Nissan, dan ia adalah sebuah tradisi untuk mengekalkan pembangunan kedua model tersebut menggunakan kepakaran sedia ada," ujar wakil Nissan Kyle Torrens.

Melihatkan kepada trend masa hadapan yang cenderung ke arah kenderaan elektrik, ketua pengarah pemasaran Nissan Natalie Roe berpendapat para peminat Nissan dilihat mempunyai pandangan masing-masing terhadap trenkuasa yang bakal digunakan oleh kedua-dua model Z dan GT-R. 

"Kami fikir, Nissan masih akan menggunakan enjin pembakaran dalaman, buat masa ini," ujar beliau lagi. 

Sumber: Motor1

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan Autocar, pengarah program reka bentuk Nissan, Giovanny Arroba berkata sebahagian…
Berita Global
Bagaimanapun, Nissan Micra boleh dikatakan sebagai antara model ikonik Nissan, terutama sekali…
Berita Global
Nissan GT-R 2024   Berdasarkan spesifikasi Amerika Syarikat (Filipina menggunakan pemanduan…