Nissan mahu bercerai dari Renault?

oleh Mohamad Hanif|
Perkembangan terbaharu susulan daripada insiden pelarian bekas pengerusi Nissan ke Lubnan tempoh hari, terdapat perancangan daripada pegawai atasan Nissan yang mahukan mereka berpisah daripada pakatan Renault-Nissan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Difahamkan, perancangan tersebut sudah pun tercetus saat Carlos Ghosn ditangkap di Tokyo akibat salah laku kewangan. 

Menurut laporan daripada Financial Times, Nissan merancang untuk memisahkan sepenuhnya unit kejuruteraan dan pembuatan daripada Renault, selain mengusulkan perubahan pucuk pimpinan Nissan.

Mereka melihat pelarian Ghosn daripada Jepun sebagai satu batu loncatan untuk Nissan mempercepatkan perancangan pemisahan ini, apatah lagi ketika ini berlaku pergeseran antara kedua-dua pengeluar tersebut. 
 


Dalam satu kenyataan berbeza, Nissan menafikan laporan yang mendakwa mereka mahu bercerai daripada pakatan Renault-Nissan.

"Nissan tidak mungkin akan berpisah daripada pakatan, kerana pakatan (Renault-Nissan-Mitsubishi) merupakan sumber kekuatan Nissan untuk berdaya saing di dalam pasaran. 

Malah, ketua pakatan Renault-Nissan-Mitsubishi yang baharu, Jean-Dominique Senard berkata, "pakatan yang ditubuhkan oleh tiga pengeluar ini tidak akan sekali-kali mati, dan kami akan buktikan kepada anda.

Menurut sumber yang rapat dengan isu berkenaan, dakwaan Nissan yang mahukan perpisahan tersebut mungkin sekali berpunca daripada sekumpulan pegawai yang tidak berpuas hati terhadap keadaan semasa, selain menambah, "untuk membina kembali kepercayaan antara kedua belah pihak mungkin akan mengambil masa."

 

Sumber: Financial Times, NST
 

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan daripada Reuters, kedua-dua Nissan dan Renault mengadakan pertukaran pegangan…
Berita Global
Berdasarkan sumber yang rapat dengan isu semasa seperti yang dipetik oleh Financial Times, idea…
Berita Global
Menurut laporan daripada The Wall Street Journal, kedua-dua belah pihak sudah mengadakan…