Nissan Magnite EZ-Shift untuk India dan Afrika Selatan, kotak gear AMT!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Nissan Magnite EZ-Shift Afrika Selatan
Nissan Magnite EZ-Shift Afrika Selatan
Nissan Magnite diperkenalkan pada 2020 dan dipasarkan di berbelas pasaran antarabangsa termasuk negara jiran Indonesia dan Brunei.

Magnite asalnya dibuat untuk Datsun dan dipindahkan kepada Nissan pada peringkat akhir pembangunan. Jenama Datsun ketika itu ditamatkan.

Saiz Magnite tidak besar dan sedikit kecil daripada Perodua Ativa dengan ukuran panjang 3,994 milimeter (mm), lebar 1,758 mm dan tinggi 1,572 mm.

Badan kecil dan enjin juga kecil, Magnite digerakkan enjin HRA0 1.0 liter turbo tiga silinder dengan kuasa 98.6 bhp dan tork 152Nm. Kod HRA0 sama seperti Almera.

MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02
Nissan Magnite

 

Satu lagi pilihan ialah enjin 1.0 liter tiga silinder naturally-aspirated berkuasa 72 bhp dan tork 96 Nm. Ada dua jenis kotak gear iaitu CVT dan dan manual lima kelajuan.

Kini ada satu lagi pilihan setelah Nissan memperkenalkan Magnite EZ-Shift di India pada Oktober dan Afrika Selatan pada November.

Apa yang menarik? EZ-Shift ialah kotak gear Automated Manual Transmission (AMT) dengan lima kelajuan.

Secara ringkas, AMT beroperasi seperti kotak gear manual dengan pergerakan cekam dan gear secara automatik.

 

Nissan HRA0

 

Maksudnya, anda boleh menukar gear manual tanpa memijak pedal cekam (yang memang tiada) atau guna saja mod automatik untuk kotak gear beroperasi sendiri.

AMT sudah lama di pasaran dan contoh terdekat ialah pada Proton Savvy. EZ-Shift adalah ringkasan kepada Easy, Economical dan Exciting.

Sistem kotak gear EZ-Shift akan menilai keadaan pemanduan dan membuat penukaran gear automatik secara optimum dan memudahkan pemandu terutama sekali di bandar.

Selain itu, enjin 1.0 liter naturally aspirated dengan kedua-dua kotak gear manual dan EZ-Shift ditala untuk memberikan penjimatan bahan api.

 

Nissan Magnite EZ-Shift 2023 India
Transmisi AMT Nissan Magnite EZ-Shift India

 

Penggunaan petrol untuk Magnite manual ialah 19.35 kilometer per liter (km/l) dan 19.7 km/l bagi Magnite EZ-Shift (ARAI/Automotive Research Association of India).

Tidak jauh beza namun EZ-Shift memberi nikmat tukaran gear secara manual manakala kotak gear manual konvensional tidak mempunyai fungsi tukaran gear automatik.

Mod Dual Driving memberi pilihan kepada pemandu untuk menggunakan operasi manual atau automatik.

Fungsi Intelligent Creep membolehkan kereta bergerak pada kelajuan rendah dengan melepaskan pedal brek tanpa perlu memijak pedal minyak.

 

Kotak gear CVT Nissan Magnite Red Edition Afrika Selatan
Transmisi CVT Nissan Magnite Red Edition Afrika Selatan

 

Fungsi itu berguna di dalam permanduan henti dan gerak seperti kesesakan jalan raya. Satu lagi fungsi yang sangat berguna pada EZ-Shift ialah anti-stall & kick-down.

Di India, kotak gear EZ-Shift ditawarkan untuk Magnite 1.0 liter naturally aspirated dengan semua varian XE Base, XL Mid, XV Upper, XV Pre-Premium dan KURO Special Edition.

Semasa Magnite EZ-Shift diperkenalkan di India pada Oktober, Nissan menawarkan harga pengenalan yang cukup menarik iaitu 649,900 rupee (RM36,301).

Di Afrika Selatan, Magnite yang dimport dari India berharga 243,900 rand (RM60,637) bagi varian 1.0 Visia dan 279,900 rand (RM69,587) untuk 1.0 Acenta Plus.

Penulis: Muhammad Md Tajudin / Gambar: Nissan

Nissan Magnite EZ-Shift 2023 India
Nissan Magnite EZ-Shift India