Nissan Magnite 2021 bakal dilancarkan 21 Oktober di India

oleh Mohamad Hanif|
Setelah model konsep Nissan Magnite diperkenalkan secara rasmi pada bulan Julai yang lalu, Nissan kini bersedia untuk membuat kemunculan rasmi versi produksi SUV segmen B tersebut di persada dunia pada 21 Oktober ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dibangunkan pada asalnya untuk jenama Datsun, Nissan Magnite bakal menyerang pasaran SUV berdimensi 4 meter yang sudah pun sesak itu.

Walaupun dibina untuk pasaran India, namun Nissan menguji SUV tersebut di fasiliti Nissan Tochigi Proving Ground, Jepun di mana ia merupakan lokasi yang sama digunakan bagi model-model seperti Nissan GT-R dan Nissan Ariya.

 


Nissan menyifatkan Magnite sebagai sebuah SUV yang penuh dengan ciri premium, rekaan yang kuat, serta penampilan di atas jalan yang dinamik.

Beberapa perubahan dikesan seperti rekaan bumper dan gril hadapan yang sedikit berbeza, namun secara keseluruhannya ia masih lagi kekal dengan rekaan konsep yang dipamerkan sebelum ini.

Model ujian yang dipaparkan kali ini menggunakan tema warna dua tona, tiang yang dihitamkan untuk efek bumbung terapung, serta penggunaan rel bumbung perak.

Nissan Magnite juga dikatakan model pertama yang bakal menggunakan logo baharu Nissan di India.
 

 

Sementara ruang dalaman Nissan Magnite pula menyamai apa yang ditunjukkan pada model konsep, seperti kehadiran skrin sentuh bersaiz 8 inci, kamera 360 darjah, kawalan pemanduan, kawalan iklim automatik, dan stereng dengan butang berbilang fungsi.

Memandangkan Nissan Magnite dibangunkan atas platform CMF-A (Renault Triber), SUV ini difahamkan akan membawakan trenkuasa yang serupa, iaitu versi asas dengan enjin tiga silinder sebaris 1.0 liter (72 hp), serta pilihan enjin turbo tiga silinder sebaris 1.0 liter (95 hp).

Transmisi pula adalah jenis AMT, manual atau CVT bergantung kepada varian.

Nissan Magnite dijangka akan tiba di pusat pengedar India menjelang awal tahun 2021.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Satu lagi pilihan ialah enjin 1.0 liter tiga silinder naturally-aspirated berkuasa 72 bhp dan…
Berita Global
  Sudah menjadi trend pengeluar untuk menawarkan edisi berwarna dan paling popular ialah Black…
Informasi
  Magnite asalnya dirancang untuk Datsun dan ditukar kepada Nissan pada fasa pembangunan akhir.…