Nissan Livina dengan Sporty Package, 100 unit terhad untuk Indonesia sahaja

oleh Muhammad Md Tajudin|
Nissan Livina dengan Sporty Package
Nissan Livina dengan Sporty Package
Nissan di Indonesia pada 15 Jun memperkenalkan Nissan Livina dengan Sporty Package edisi terhad sebanyak 100 unit sahaja. Sejak diperkenalkan di Indonesia pada 2019, Livina merupakan satu daripada model terlaris syarikat.

Livina generasi kedua dijenamakan semula daripada Mitsubishi Xpander dan kedua-dua syarikat berada di bawah Perikatan Renault Nissan Mitsubishi.

Dari depan, model yang sudah sedia ekspresif ini diserlahkan lagi dengan kemasan berwarna merah pada lips bampar. 

Jaluran merah itu diteruskan pada skirt tepi dan warna sama turut digunakan pada cermin sisi dan bahagian bawah bampar belakang.

Kesemua komponen tersebut sebenarnya sudah tersedia pada Livina asal dan dibezakan dengan warna yang lebih garang.

Keseluruhan badan Livina Sporty Package menggunakan warna hitam dan padanan merah menaikkan imej sporti MPV ini
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Nissan Livina semasa pelancaran pada tahun 2019
Nissan Livina sewaktu pelancaran 2019

 

Jarak kelegaan bumi Livina edisi terhad ini sama sahaja seperti varian lain iaitu 205mm.

Pada bahagian dalam, warna merah digunakan pada sulaman kerusi dan sekeliling alas kaki. 

Turut dilengkapi Monitor Pandangan Keliling (AVM) dengan paparan sekeling kenderaan supaya mudah untuk urusan parkir dan setara.

Livina ini juga dilengkapi Lampu Selamat Datang dan Selamat Pulang (Welcome dan Coming Home).

Ia berfungsi dengan menyalakan lampu kecil kereta selama 30 saat apabila Livina dikunci dan dibuka bagi memudahkan pengguna di kawasan gelap. 

 

Nissan Livina

 

Spesifikasi keselamatan pula terdiri daripada dua beg keselamatan (SRS airbag), Lampu Bahaya (hazard) Automatik semasa Brek Kecemasan, Kawalan Dinamik Kenderaan (VDC), Sistem Kawalan Cengkaman (TCS) dan Bantuan Mula Mendaki (HSA).

Menggerakkan Livina edisi terhad ini ialah enjin yang sama sepertu varian lain iaitu 1.5 liter VTC berkuasa 104PS pada 6,000 rpm dan tork 141Nm pada 4,000 rpm.

Berkenaan harga, Nissan Livina dengan Sporty Package dijual pada IDR 265,400,000 (OTR, Jakarta) atau bersamaan RM78,457.

Sementara itu, bilakah Nissan Livina baharu akan dibawa ke pasaran tempatan? Belum ada berita rasmi, apa pun kita tunggu penawaran Mitsubishi Xpander dahulu.

Penulis: Muhammad Md Tajudin / Kredit foto: Nissan

 

Nissan Livina with Sporty Package