Nissan Leaf peroleh skor lima bintang Euro NCAP!

oleh Mohamad Hanif|
Menerusi keputusan ujian pelanggaran yang telah dijalankan oleh Euro NCAP, Nissan Leaf telah mendapat penarafan lima bintang bagi markah keseluruhan daripada ujian yang dijalankan.

Euro NCAP mengambil kira skor lima bintang itu berdasarkan empat kategori ujian yang dijalankan iaitu keselamatan penumpang dewasa, penumpang kanak-kanak, pejalan kaki dan juga bantuan keselamatan.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Kenderaan elektrik hatchback dari Nissan itu memperoleh skor sebanyak 93 peratus bagi keselamatan penumpang dewasa, 86 peratus bagi kanak-kanak, 71 peratus untuk keselamatan pejalan kaki dan 71 peratus bagi bantuan keselamatan. 

Anda boleh saksikan video ujian pelanggaran yang dilakukan oleh Euro NCAP di bawah.

 

Sebelum ini, Nissan Leaf turut mendapat penarafan lima bintang menerusi ujian pelanggaran yang dijalankan oleh Japan New Car Assessment Programme (JNCAP).

Nissan Leaf yang dikuasakan oleh elektrik sepenuhnya mempunyai kuasa sebanyak 148 hp dengan daya tork sebanyak 320 Nm. 

Dengan penggunaan bateri berkapasiti 40 kWh, Nissan Leaf mampu memberikan jarak perjalanan sejauh 378 km dengan hanya satu cas penuh.

Menurut siaran berita yang dikeluarkan sebelum ini, Nissan Leaf akan dibawa masuk ke Malaysia pada tahun 2018.

Setakat berita ini ditulis, masih tiada apa-apa perkembangan daripada pihak ETCM berkenaan tarikh sebenar pelancaran Nissan Leaf di Malaysia. 

Besar kemungkinan ia akan dilancarkan sempena Kuala Lumpur International Motorshow 2018 penghujung tahun ini. 

Sumber: Autoblog

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  JVC KENWOOD juga menawarkan produk sama dan dijual secara dalam talian. Bateri mudah alih ini…
Berita Global
Menurut laporan Bloomberg lagi, terdapat juga masalah litar pintas yang mampu mengakibatkan motor…
Berita Global
Apabila disebut mengenai EV, pasti ramai akan tertumpu pada jenama besar seperti Tesla, yang…