Nissan Leaf Open Car - kereta elektrik musim panas

oleh Mohamad Hanif|
Semalam kita sudah melihat bagaimana Honda UK menjadikan sebuah Civic Type-R kepada sebuah trak pikap/ute, dan reaksi orang ramai terhadap model konsep tersebut.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Hari ini, Nissan Jepun pula mengambil alih tugas Honda dengan memperkenalkan Nissan Leaf Open Car.


Apa yang pasti, tiada sebarang perubahan teknikal yang dilakukan oleh pihak Nissan terhadap Leaf Open Car ini, melainkan dengan menghilangkan bumbung asal, pintu belakang dan menggantikan tempat duduk belakang kepada dua tempat duduk berasingan.  

Ini menjadikan Nissan Leaf Open Car ini mampu memuatkan empat orang dewasa dan hanya boleh digunakan pada musim panas sahaja disebabkan ketiadaan mekanisme bumbung boleh lipat. 

Kenderaan elektrik ini diperkenalkan bersempena forum masyarakat sifar perlepasan emisi yang dihadiri oleh Nissan di Tokto baru-baru ini. 
 

Sumber: Autocar UK

Berita Berkenaan

Berita Global
  JVC KENWOOD juga menawarkan produk sama dan dijual secara dalam talian. Bateri mudah alih ini…
Berita Global
Menurut laporan Bloomberg lagi, terdapat juga masalah litar pintas yang mampu mengakibatkan motor…
Berita Global
Apabila disebut mengenai EV, pasti ramai akan tertumpu pada jenama besar seperti Tesla, yang…