Nissan Leaf Nismo RC - kereta lumba elektrik 322 bhp, 640 Nm, pacuan semua roda!

oleh Mohamad Hanif|
Jentera yang dipamerkan oleh Nissan ini mungkin nampak identikal bagi mereka yang arif, ini kerana ia sebenarnya dibina berdasarkan hatchback berkuasa elektrik yang popular iaitu Nissan Leaf.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Digelar dengan nama Nissan Leaf Nismo RC, ia merupakan unit kedua yang dihasilkan daripada divisyen Nismo. 

Nissan Leaf Nismo RC ini menggunakan konfigurasi dua buah motor elektrik yang menghasilkan kuasa 322 bhp dan daya kilas 640 Nm, serta sistem pacuan semua roda yang mampu mencapai pecutan sepantas 3.4 saat dari 0-100 km/j. 
 


Penggunaan bahan ultra ringan seperti gentian karbon pada casis membolehkan kereta lumba ini mencapai berat sekitar 1,220 kg sahaja. 

Bagi memberikan pengendalian yang lebih baik, keseluruhan casis telah diberikan penambahbaikan, dimulakan dengan panjang kereta kepada 4,546 mm dan jarak antara roda sepanjang 2,750 mm. 
 


Manakala untuk mengelakkan dituduh memasuki acara rali, jarak kelegaan tanah telah direndahkan sebanyak 300 mm berbanding versi jalanan. 

Sebanyak enam unit dibina untuk tujuan demonstrasi di beberapa buah acara, termasuklah acara perlumbaan hujung minggu Formula E.  

Berita Berkenaan

Berita Global
  JVC KENWOOD juga menawarkan produk sama dan dijual secara dalam talian. Bateri mudah alih ini…
Berita Global
Menurut laporan Bloomberg lagi, terdapat juga masalah litar pintas yang mampu mengakibatkan motor…
Berita Global
Apabila disebut mengenai EV, pasti ramai akan tertumpu pada jenama besar seperti Tesla, yang…