Nissan LEAF NISMO pasaran Jepun, boleh pilih kerusi RECARO!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Nissan LEAF NISMO
Nissan LEAF NISMO
Nissan LEAF bukan setakat kereta elektrik tetapi juga agenda peralihan daripada enjin pembakaran dalaman kepada teknologi yang langsung berbeza. Ia adalah alat kepada perubahan yang sudah dibiasakan selama lebih 100 tahun.

Bagaimana sambutannya? Di pasaran Jepun, jualan dua generasi LEAF telah pun melebihi 140,000 setakat Jun 2020. Ia satu angka yang tinggi untuk sebuah kereta dengan teknologi baharu.

Walaupun membawa agenda hijau, kereta tetap kereta dan Nissan tidak lupa kepada pengguna yang mahukan kereta mesra alam tetapi dengan elemen sporti. 
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Nissan LEAF NISMO

 

Untuk itu Nissan memperkenalkan LEAF NISMO pada 2018 dan model 2020 baru sahaja diumumkan di Jepun. LEAF NISMO membawa gayaan sporti dan talaan pengendalian berbeza. 

Reka bentuk luar LEAF sudah pun membawa elemen sporti dan tidak sukar untuk menggayakannya.

Bampar depan LEAF NISMO langsung berlainan ditambah dengan warna hitam pada atas bonet manakala bahagian tepi menggunakan skirt sedia ada dengan kemasan warna berbeza.

Tidak sekadar kosmetik, pembeli boleh memesan kerusi sport RECARO talaan NISMO dan menariknya mempunyai fungsi pemanas. 

Skrin navigasi sembilan inci pula dilengkapi sebagai ciri standard dan mempunyai fungsi terhubung (connected) sama seperti LEAF yang dipertingkatkan pada Januari 2020.

 

Nissan LEAF NISMO

 

Nissan turut mengambil inisiatif bagi menambah baik talaan pengendalian LEAF Nismo 2020.

Karakter stereng ditala mengikut gaya Eropah untuk pembaikan prestasi pemanduan termasuk spring suspensi dan penyerap hentak yang disepadankan bersama.

Nissan juga memperbaiki prestasi pecutan selepas keluar selekoh dengan menyemak semula Kawalan Dinamik Kenderaan (VDC) supaya lebih tepat. 

Dengan kesemua talaan baharu, LEAF NISMO tampil sebagai sebuah EV pintar dan pada masa menawarkan imej dan karakter pemanduan sporti.

Berkenaan harga, Nissan LEAF NISMO 2WD dengan bateri 40kWH ditawarkan pada 4,294,400 yen atau bersamaan RM 174,075.

Penulis: Muhammad Md Tajudin / Kredit foto: Nissan

 

Nissan LEAF NISMO

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Nissan minggu lalu, hatchback berkuasa elektrik Nissan…