Nissan Leaf laku keras di Eropah - satu unit terjual setiap 10 minit!

oleh Mohamad Hanif|
Nissan nampaknya semakin menguasai pasaran kereta bertenaga elektrik di Eropah menerusi penjualan hatchback EV mereka, iaitu Nissan Leaf.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Mengikut data yang diperoleh sehingga akhir Ogos lalu, daripada 43,000 transaksi jualan yang dicatatkan, Nissan telah selesai menghantar sejumlah 26,000 unit Nissan Leaf kepada pemilik masing-masing.

Ia merupakan satu angka yang memberangsangkan, memandangkan Nissan memulakan proses penghantaran kenderaan kepada para pemilik bermula bulan Februari lalu. 

Sebagai perbandingan, Nissan Leaf telah terjual di Amerika Syarikat sebanyak 10,686 unit sahaja selepas sembilan bulan berada di pasaran. 
 


Angka yang dicatatkan tersebut menjadikan Nissan Leaf sebagai kereta elektrik paling popular di Eropah, mengalahkan kenderaan plug in hybrid (PHEV). 

Manakala dalam satu perkembangan lain, Nissan Leaf juga sebenarnya popular di negara Norway apabila menjadi kereta paling laris mengalahkan jumlah jualan bagi kereta enjin pembakaran dalaman dan juga kereta hibrid.

Nissan menganggarkan jumlah tempahan baharu tiba pada kadar kelajuan satu unit terjual untuk setiap 10 minit, dengan kadar jualan melebihi 4,000 unit untuk sebulan, melebihi purata kadar pengedaran kenderaan selama tujuh bulan (Februari-Ogos).  

Angka baharu ini menunjukkan permintaan terhadap Nissan Leaf adalah melebihi jumlah produksi semasa hatchback elektrik tersebut, dan Nissan kini berusaha untuk memenuhi setiap tempahan yang telah dibuat oleh para pelanggannya. 

Syabas Nissan!

Sumber: InsideEVs

Berita Berkenaan

Berita Global
  JVC KENWOOD juga menawarkan produk sama dan dijual secara dalam talian. Bateri mudah alih ini…
Berita Global
Menurut laporan Bloomberg lagi, terdapat juga masalah litar pintas yang mampu mengakibatkan motor…
Berita Global
Apabila disebut mengenai EV, pasti ramai akan tertumpu pada jenama besar seperti Tesla, yang…