Nissan Leaf kini lebih versatil - mampu jana kuasa rumah anda!

oleh Mohamad Hanif|
Sebagai sebuah kenderaan elektrik yang paling laris terjual sehingga kini, Nissan tidak mahu melihat model hatchback elektrik Leaf itu sebagai sebuah kenderaan semata-mata.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sebaliknya, Nissan mahu menjadikan Nissan Leaf lebih serbaguna dengan menjadikannya sebagai 'fasiliti' untuk menyimpan dan menjana kuasa kepada yang memerlukan, sebagai contoh rumah anda. 

Menerusi ekosistem baharu ini yang digelar Nissan Energy, terdapat tiga perkara induk yang dititikberatkan iaitu 

  • Nissan Energy Supply
  • Nissan Energy Share and 
  • Nissan Energy Storage.


Menggunakan teknologi perhubungan vehicle-to-home (V2H), sebuah Nissan Leaf boleh digunakan untuk menjanakan kembali rumah anda sekiranya berlaku keputusan bekalan elektrik, ataupun ketika waktu puncak. 

Selain daripada V2H, Nissan Leaf juga boleh mengaplikasikan perhubungan vehicle-to-building (V2B) untuk menjana bangunan pejabat dan perniagaan, dan juga vehicle-to-grid (V2G) dengan menyalurkan (baca: menjual) kembali tenaga kepada sistem grid bekalan elektrik apabila tidak digunakan.

 


Bagi menunjukkan kepada umum bagaimana ekosistem ini berfungsi, Nissan telah membina sebuah rumah demo yang menampilkan panel solar dan tenaga yang disalurkan daripada sebuah Leaf. 

Sekiranya diaplikasikan kepada situasi di Malaysia, mungkin pada masa akan datang anda tidak perlukan tenaga elektrik daripada TNB, malah anda boleh menjana wang tambahan dengan 'menjual' kembali tenaga yang tidak diperlukan kepada sistem grid nasional. 

Semuanya bermula dari Nissan Leaf. 


Menarik bukan?

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  JVC KENWOOD juga menawarkan produk sama dan dijual secara dalam talian. Bateri mudah alih ini…
Berita Global
Menurut laporan Bloomberg lagi, terdapat juga masalah litar pintas yang mampu mengakibatkan motor…
Berita Global
Apabila disebut mengenai EV, pasti ramai akan tertumpu pada jenama besar seperti Tesla, yang…