Nissan LEAF generasi baharu 'naik pangkat' jadi SUV

oleh Mohamad Hanif|
gambar hiasan.
Sejak daripada awal kemunculannya di dunia, Nissan LEAF merupakan sebuah kenderaan elektrik dalam bentuk badan hatchback bermula dari generasi pertama sehinggalah kepada generasi kedua sedia ada.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun, generasi ketiga Nissan LEAF bakal bertukar menjadi sebuah crossover kompak elektrik, seperti yang disahkan sendiri oleh bos Nissan Eropah, Guillaume Cartier.

Menurut laporan daripada Autocar, model crossover elektrik itu akan dipasang di kilang Sunderland Nissan, sebagai sebahagian daripada pelan pelaburan bernilai £1 bilion (RM5.71 bilion) yang diumumkan pada Julai lalu.
 

LEAF


Pengganti LEAF tersebut akan dibina berdasarkan platform CMF-EV pakatan Renault-Nissan-Mitsubishi dan dijangka pelancarannya menjelang tahun 2025 termasuk lima model yang dielektrifikasikan seperti Juke, Qashqai, Ariya dan X-Trail.

Selain daripada itu, Nissan juga menjangkakan 80 peratus daripada jumlah keseluruhan jualan terdiri daripada model elektrik penuh menjelang tahun 2030, dan 100 peratus model EV atau E-Power menjelang tahun 2025.

Dalam pada itu, CEO Nissan Makoto Uchida turut mengesahkan Nissan tidak akan melabur dalam teknologi hidrogen, sebaliknya memfokuskan kepada kenderaan elektrik bateri sahaja.

"Pesaing kami mempunyai banyak penyelesaian untuk teknologi, namun bagi kami, EV adalah masa hadapan. Nissan sebelum ini ada mempunyai teknologi hidrogen, akan tetapi EV merupakan aset kami dan ini apa yang kami mahu tekankan pada ketika ini.
 

Z


Beliau turut mengakui masa depan kereta sports Nissan juga dalam keadaan yang tidak menentu disebabkan keperluan elektrifikasi model kenderaan pada ketika ini.

Namun Uchida tetap menyokong penglibatan di dalam sukan seperti Formula E sebagai satu cara untuk mempromosikan cita-cita elektrik Nissan yang meluas.

Sumber: Autocar

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ia hanya untuk pemilik individu dan bukan untuk kegunaan perdagangan seperti teksi, p-hailing dan…
Berita Domestik
Beliau berkata terdapat sasaran 10,000 kemudahan pengecasan EV di seluruh negara menjelang tahun…
Berita Global
Kuantiti kenderaan elektrik (EV) buatan China semakin meningkat apabila pembuat kereta dan pengedar…