Nissan LEAF e+ pacuan AWD, tork 680 Nm!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Dalam bidang kereta elektrik dan memasarkannya kepada umum Nissan dilihat lebih ke hadapan berbanding pengeluar Jepun yang lain. Nissan LEAF misalnya sudah lama di pasaran dan kini berada di dalam generasi kedua.

Bukan setakat berada di pasaran, LEAF juga berjaya dijual ratusan ribu unit di serata dunia.

Nissan juga banyak bereksperimen dengan teknologi ini dan terbaru mengumumkan motor berkembar berkuasa tinggi dengan pacuan kesemua roda digunakan pada LEAF.

Ini adalah sebahagian daripada program pembangunan sebelum diperkenalkan pada EV generasi terbaru syarikat.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Nissan LEAF e+ twin motor

 

Nissan LEAF e+ yang dijadikan kereta ujian menggunakan sistem pacuan kesemua roda yang diperbaharui dan dikuasakan oleh motor berkuasa tinggi berasingan pada bahagian depan dan belakang kereta.

Sistem itu turut dipadankan bersama teknologi kawalan casis dan gabungan tersebut berjaya mencetuskan EV dengan prestasi baharu.

Berapakah kuasanya? 227kW (308hp) dan tork maksimum 680 Nm! Dengan pacuan kesemua roda, pemanduan dalam pelbagai jenis keadaan jalan raya rasa lebih meyakinkan.

 

Nissan LEAF e+ twin motor

 

Satu lagi isu ialah keadaan 'pitch' dan 'dive' (terangkat dan junam) yang berjaya dikurangkan melalui penambahan regeneratif pada motor brek belakang berbanding regeneratif pembrekan motor depan.

Apabila kereta diperlahankan sistem itu mampu mengelak penumpang dari bergoyang ke belakang dan depan seterusnya mengurangkan potensi mabuk perjalanan dan ketidakselesaan.

Daya pecutan kereta elektrik ada perbezaan dengan enjin konvensional apatah lagi dua motor sebegini.

Sistem kawalan motor juga dioptimumkan bagi mengekalkan keselesaan di atas permukaan jalan yang kasar dan beralun.

Selain dari pembahagian daya tujahan di antara roda depan dan belakang, sistem kenderaan juga menggunakan kawalan brek secara berasingan untuk setiap roda bagi memaksimumkan daya pengambilan selekoh yang dihasilkan setiap tayar.

Teknologi ini membolehkan pemandu melalui selekoh dengan yakin dan memerlukan input minimum untuk kawalan stereng.

 

Nissan LEAF e+ twin motor

 

Teknologi kawalan empat roda menawarkan pemanduan meyakinkan di dalam pelbagai keadaan jalan raya. Apabila melalui selekoh yang dilitupi salji sistem kenderaan mampu mengesan laluan yang ingin digunakan hasil dari motor berketepatan tinggi dan kawalan brek.

Melalui keyakinan dalam melalui pelbagai jenis permukaan jalan, pemanduan juga akan menjadi lebih menyeronokkan.

Satu lagi perkara penting, apabila Nissan menguasai teknologi pacuan ini maka boleh disimpulkan bahawa ia juga tersedia untuk digunakan pada model berprestasi tinggi. 

Kereta super elektrik jenama Nissan?

Kredit/sumber foto: Nissan

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Nissan LEAF e+ twin motor

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Desas desus Nissan bakal melancarkan versi yang lebih jauh jarak operasinya akhirnya termakbul…