Nissan Leaf e+ dilancarkan - 214 hp/340 Nm, jarak operasi 363 km!

oleh Mohamad Hanif|
Nissan Leaf hanya mempunyai sebuah varian sebelum ini dengan jarak operasi yang pendek secara relatifnya, hanya sekitar 241 km sahaja.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Desas desus Nissan bakal melancarkan versi yang lebih jauh jarak operasinya akhirnya termakbul apabila menerusi acara CES, mereka memperkenalkan varian terbaharu Nissan Leaf yang mempunyai pek bateri dan motor elektrik yang dinaik taraf. 

Menggunakan pek bateri lithium-ion berkapasiti 62 kWh, Nissan Leaf e+ kini mampu mencapai jarak operasi sejauh 363 km, tambahan sebanyak 122 km berbanding Leaf standard. 

 


Terima kasih kepada motor elektrik yang juga telah dinaik taraf, Nissan Leaf e+ kini mempunyai kuasa yang lebih baik, iaitu 214 hp dan daya kilas sebesar 340 Nm yang memberikan daya pecutan dan kelajuan tertinggi yang lebih baik (+10%!).

Memandangkan pek bateri yang lebih besar, sistem pengecasan pantas 70 kW juga dibekalkan untuk Nissan Leaf e+ untuk menampung kuasa yang akan diperlukan ketika proses mengecas dilakukan.


Di bahagian luar, tiada sebarang perubahan ketara melainkan penggunaan rim bersaiz 16 inci dan front fascia yang telah disemak semula dan ditambah dengan elemen berwarna biru. 

Dari segi pemanduan, sistem pemanduan semi-autonomi ProPILOT Assist masih lagi dikekalkan dengan ciri-ciri utama seperti

  • Amaran Penukaran Laluan
  • Intervensi Penukaran Laluan Pintar
  • Brek Kecemasan Pintar
  • Amaran Titik Buta
  • Amaran Lintasan Trafik Belakang
  • sistem kamera Intelligent Around View Monitor


Versi naik taraf Nissan Leaf e+ akan mula dijual di pasaran Jepun bermula bulan ini dan akan mula mendarat di pasaran Eropah pada pertengahan tahun 2019.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  JVC KENWOOD juga menawarkan produk sama dan dijual secara dalam talian. Bateri mudah alih ini…
Berita Global
Menurut laporan Bloomberg lagi, terdapat juga masalah litar pintas yang mampu mengakibatkan motor…
Berita Global
Apabila disebut mengenai EV, pasti ramai akan tertumpu pada jenama besar seperti Tesla, yang…