Nissan Leaf diiktiraf sebagai kenderaan dengan taraf keselamatan lima bintang!

oleh Afandi Che Muhamad|
Baru-baru ini, kenderaan elektrik terbaharu keluaran Nissan iaitu model Leaf baharu diiktiraf sebagai kenderaan dengan taraf keselamatan lima bintang oleh Program Penilaian Kereta Baharu Jepun (JNCAP).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Untuk makluman, ciri keselamatan yang tersedia untuk Nissan Leaf baharu ialah enam beg udara, tempat duduk lengkap perehat kepala (back frame), tali pinggang keledar pra-tekanan dan keupayaan pengehad beban untuk posisi tempat duduk hadapan juga belakang.

Justeru, tidak menghairankan jika Nissan Leaf baharu memperoleh sebanyak 94.9 daripada 100 mata untuk ujian perlindungan penumpang, dan 67.82 mata bagi keselamatan pejalan kaki.

Tidak terhad di situ sahaja, Nissan Leaf turut berhasil lulus ujian perlindungan kejutan elektrik yang dijalankan JNCAP.

Dalam sesi dijalankan, fungsi perlindungan penumpang daripada kejutan elektrik akibat pelanggaran Nissan Leaf mempamerkan prestasi memberangsangkan dan terbukti efisien.

Faktor perlindungan itu dibantu fungsi bekas bateri dan peranti potongan voltan tinggi Nissan Leaf.

Kedua-dua komponen berkenaan akan diaktifkan sebaik berlaku pelanggaran. Menarik bukan?

Sedikit fakta mengenai Nissan Leaf baharu, ia berupaya menghamburkan kuasa pada 148Hp dan puncak tork maksimum mencapai 320Nm.

Nissan Leaf menggunakan bateri lithium-ion 40kWh bagi menambahkan lagi kuasa pacuan elektrik sejauh 378 kilometer (km), mengikut kitaran NEDC.

Terdahulu, Careta difahamkan Nissan Leaf bakal dipamerkan di Kuala Lumpur International Motor Show 2018 (KLIMS 18) penghujung tahun ini.

Sejauh mana kebenarannya, sama-sama kita nantikan acara tersebut berlangsung Disember ini.

Berita Berkenaan

Berita Global
  JVC KENWOOD juga menawarkan produk sama dan dijual secara dalam talian. Bateri mudah alih ini…
Berita Global
Menurut laporan Bloomberg lagi, terdapat juga masalah litar pintas yang mampu mengakibatkan motor…
Berita Global
Apabila disebut mengenai EV, pasti ramai akan tertumpu pada jenama besar seperti Tesla, yang…