Nissan LEAF digambarkan sebagai EV kecemasan, boleh jadi genset!

oleh Mohamad Hanif|
Siapa sangka, hatchback berkuasa elektrik seperti Nissan LEAF juga boleh bertukar menjadi sebuah kenderaan kecemasan (emergency response) dan dalam masa yang sama boleh berfungsi sebagai sumber tenaga mudah alih.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01


Itulah yang cuba digambarkan oleh Nissan menerusi sebuah model konsep yang digelar sebagai Re-LEAF, di mana Nissan LEAF diberikan penampilan luaran seakan sebuah kereta off-road.

 


Namun, di sebalik imej yang rugged itu, Nissan Re-LEAF ini diintegrasikan dengan sistem bekalan tenaga mudah alih, serta sistem pengurusan tenaga yang boleh digunakan untuk menguasakan peralatan perubatan, komunikasi, pencahayaan dan bermacam lagi.

Di bahagian luar, terdapat dua soket kuasa kalis cuaca berkuasa 110 dan 230 Voltan, manakala soket ketiga pula terletak di dalam but.

Menurut Nissan, tenaga elektrik yang disalurkan oleh Re-LEAF ini  mampu menjana isi rumah Eropah selama enam hari.

 


Untuk memudahkan urusan memasuki kawasan yang ditimpa bencana, Nissan Re-LEAF ini telah ditinggikan sistem gantungannya sebanyak 70 mm lebih tinggi berbanding LEAF standard, dan jarak trek juga bertambah sebanyak 90 mm depan dan 130 mm belakang.

Disebabkan penambahan lebar, Nissan Re-LEAF ini dipasangkan dengan arca roda kustom, perlindungan bawah badan, mud flap, rim bersaiz 17 inci dan tayar all-terrain.

Kereta konsep ini turut dipasang dengan bar lampu LED, skrin LED bersaiz 32 inci, serta meja kerja yang boleh ditarik keluar bagi memudahkan urusan.

 


Ruang tempat duduk belakang telah ditiadakan untuk memuatkan barangan kecemasan, dan ia diasingkan daripada ruang kabin hadapan menggunakan sangkar yang dipasang kustom.

Idea yang sama turut ditampilkan oleh Honda dan Toyota menerusi 'Moving e' yang terdiri daripada sebuah bas berkuasa sel bahan api yang mampu membawa muatan hidrogen bertekanan tinggi, peranti output kuasa serta pek bateri mudah alih.

Baca: Moving e oleh Honda dan Toyota

Berita Berkenaan

Berita Global
  JVC KENWOOD juga menawarkan produk sama dan dijual secara dalam talian. Bateri mudah alih ini…
Berita Global
Menurut laporan Bloomberg lagi, terdapat juga masalah litar pintas yang mampu mengakibatkan motor…
Berita Global
Apabila disebut mengenai EV, pasti ramai akan tertumpu pada jenama besar seperti Tesla, yang…