Nissan LEAF buat kemunculan di KLIMS '18 hujung minggu ini!

oleh Mohamad Hanif|
Sempena dengan acara Kuala Lumpur International Motor Show 2018 (KLIMS '18), Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) selaku pengedar tunggal kenderaan jenama Nissan mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk hadir ke pameran Nissan Intelligent Mobility.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Menerusi pameran Nissan Intelligent Mobility ini, Nissan akan memperkenalkan beberapa model dan teknologi masa hadapan yang inovatif menerusi ciri mobiliti terhubung di antara pemandu, kenderaan dan juga persekitaran sekeliling. 

Dalam masa yang sama, Nissan juga bakal mempamerkan model elektrik serba baharu yang dinanti-nantikan oleh para peminat, iaitu Nissan LEAF

Pameran Nissan Intelligent Mobility ini boleh didapati di jerayawara Nissan bertempat di Tingkat 2, Malaysia International Trade & Exhibition Centre (MITEC), bermula pada 23 November ini sehingga 2 Disember 2018.

Berita Berkenaan

Berita Global
  JVC KENWOOD juga menawarkan produk sama dan dijual secara dalam talian. Bateri mudah alih ini…
Berita Global
Menurut laporan Bloomberg lagi, terdapat juga masalah litar pintas yang mampu mengakibatkan motor…
Berita Global
Apabila disebut mengenai EV, pasti ramai akan tertumpu pada jenama besar seperti Tesla, yang…